BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan

NasionalNational

Khairulanuar Yahaya - 5 May 2022

Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan
Dr. Rafidah Abdullah (kiri) dan Ustaz Hanafi

KUALA LUMPUR – Seorang pakar perubatan dan buah pinggang menegur pendakwah bebas, Ustaz Hanafi mempromosi produk kesihatan yang didakwa boleh menyembuhkan tiga penyakit.

Dr. Rafidah Abdullah berkata, produk kesihatan yang dipromosikan oleh pendakwah itu tidak boleh menyembuhkan penyakit seperti yang didakwa.

Sebaliknya, menurut pakar perubatan itu, produk berkenaan boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

“Lihat perbincangan di bawah posting ustaz. Tahukah anda jikalah ubat cair darah itu warfarin-tambah dengan tumbuh-tumbuhan – ia boleh menjadikan darah terlampau cair dan pendarahan.

“Pendarahan usus, pendarahan otak dan boleh membawa maut.

“Do not give such advise. Saya hanya mampu mendoakan pesakit tidak dapat kesan sampingan yang teruk,” kata Dr. Rafidah.

Beliau menegaskan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Iklan dan Ubat 1956 sekiranya seseorang menyebut sebarang penyakit dalam mempromosikan produk kesihatan.

Dr. Rafidah yang bertugas di Hospital Putrajaya turut meminta supaya tidak ada golongan ustaz dan agamawan terlibat dalam isu kesihatan.

“Seperti mana saya tidak menyentuh bidang agama di dalam posting saya, saya harap begitu juga ustaz dan para agamawan yang lain.

“Stay out of health issues and certainly do not mention, jangan sebut penyakit kronik. Please!

“Saya akan terus memberi pendapat professional saya kerana ini adalah bidang kepakaran saya,” katanya.

Ustaz Hanafi atau nama penuhnya Mohamed Hanafiah Abdul Malek dalam hantarannya di sebuah laman sosial berkata, produk kesihatan berkenaan 95 peratus terbukti berkesaan terhadap mereka yang mengadapi masalah kesihatan terbabit.

Malah menurutnya, mereka yang telah mengamalkan produk kesihatan berkenaan tidak mendapat sebarang kesan sampingan.

Pada 2017 beliau disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat dan kini semakin sembuh. -MalaysiaGazette
 
Kebanyakan yang bergelar ustaz yang popular ada produk. Samada ada jadi duta atau pengeluar. Paling koman, kismis berjampi😆
sebab tu aku dah hilang respek kat mereka tu semua.....nampak sgt nak cari duit je....lepas tu dok menunjuk melancong sana sini...macam sorang ustzah tu dok tunjuk melancong luar negara bila sempadan dibuka..cepat je gi melncong....ustaz wadi percakap dioffer RM20K untuk promote produk....dia tak nak...kalau ikutkan boleh kaya raya.....depa guna title agamawan nak cari pengaruh....lepas tu katkan dgn ayat ayat al quran ...bla.bla...bla....lepas tu tayang menayang kat medsos........low class...
 
Hilang respek aku kat ustaz camni
 
Betul jugak kata doc tu. Bidang ustaz dalam hal agama. Bab2 penyakit doc lagi arif.
 
Pada ustaz² cukup sekadar promosi makanan sunnah..habbatus sauda..madu ke...maksud teman yg ori,takde campur²,yg dh proses jd ayo hikmat habbatusauda al madu sakti tak payah la ustaz nk promot....done keje ustaz..
 
Tak boleh carik makan doctor mcm ni, bleh join thread palatou
 
Pada ustaz² cukup sekadar promosi makanan sunnah..habbatus sauda..madu ke...maksud teman yg ori,takde campur²,yg dh proses jd ayo hikmat habbatusauda al madu sakti tak payah la ustaz nk promot....done keje ustaz..
Tapi jgn la dakwa habbatus sauda blh sembohkan semua penyakit naya org kita percaya bulat2 pada hal hadis itu bkn utk semua penyakit
 
Back
Top
Log in Register