BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahamin meninggal dunia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Pahamin meninggal dunia

Pahamin meninggal dunia
KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.

Azhar berkata, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.

"Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.

"Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya dalam video yang dimuat naik.

Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.

Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.

Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.

Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Leona Iris, 21.
 
Bole roger daddy
297-D6362-B60-F-4-AE2-B910-DB1-A116-FD9-EA.jpg
 
Jenazah Pahamin Rajab dikebumi di London​

11 Julai 2023 08:24am
Masa membaca: 2 minit

2261729.jpg

Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Abdul Rajab akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di kota London, Britain.

Menurut anaknya, Armin Baniaz Pahamin, keputusan untuk mengebumikan bapanya di sana dicapai oleh seluruh ahli keluarganya.

“Keluarga memutuskan untuk kebumi jenazah ayahanda kami di London dan untuk itu kami sekeluarga akan berlepas ke London untuk urus pengebumian ayah,” kata Armin Baniaz dalam rakaman video yang dikongsi di akaun media sosial abang iparnya yang juga pelakon Azhar Sulaiman.

Dalam video berkenaan, Armin Baniaz berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirim ucapan takziah serta mendoakan roh ayahnya.

Armin Baniaz turut memohon maaf bagi kepada mana-mana pihak yang mungkin terguris sekiranya Allahyarham ayahnya ada melakukan kesilapan atau tersalah cakap semasa hayatnya.

“Sekiranya ayah ada melakukan kesalahan, kami minta maaf dan sekiranya ayah ada berhutang dengan anda, bolehlah berhubung dengan salah seorang daripada ahli keluarga kami,” kata Armin Baniaz lagi.

Allahyarham Pahamin yang berusia 77 tahun menghembuskan nafas terakhir dalam pesawat ketika dalam perjalanan ke kota London pada Sabtu lalu.

Kata Armin Baniaz, sebelum itu, ayahnya pengsan ketika berada dalam bilik air pesawat.

“Krew dan doktor-doktor yang ada dalam pesawat telah cuba membantu menyelamatkan ayahanda lebih sejam, namun, sudah sampai masanya ayahanda saya (meninggal dunia) dan berikutan itu juruterbang telah mendapat keizinan untuk mendarat lebih awal di Heathrow, London.

“(Justeru), kami putuskan untuk kebumikan ayahanda di London dan kami sekeluarga akan berlepas ke sana untuk urusan pengebumian,”ujar Armin Baniaz lagi.

Sehari sebelum berlepas ke London, Allahyarham Pahamin kembali dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji di sana.

“Ayah balik daripada haji pada hari Jumaat... kami sekeluarga sempat makan malam bersama dia dan pada pagi keesokan harinya (hari Sabtu) jam 6 pagi dia bertolak ke London,” jelas Armin Baniaz.

Dalam masa sama, Armin Baniaz berjanji akan memaklumkan perkembangan semasa urusan pengebumian Allahyarham ayahnya dari semasa ke semasa. - Awani

Pahamin pernah keluar dakwah 40 hari di Selatan Thai​

Oleh AISYAH BASARUDDIN10 Julai 2023
08:46pmMasa membaca: 2 minit
2261542.jpg

Cik Wan Hilmy (dua dari kiri) bersama Allahyarham Pahamin (dua dari kanan) dan rakan-rakan.- Foto Facebook Maulana Helmi

SHAH ALAM - Pemergian bekas Pengerusi AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab pada Sabtu akibat serangan jantung mengundang rasa sedih orang ramai terutama sahabat yang pernah bersama-sama menjalankan aktiviti dakwah.

Pendakwah terkenal, Cik Wan Hilmy Wan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Maulana Helmi menerusi hantaran di Facebook pada Ahad mendedahkan sisi berbeza Allahyarham yang aktif dalam dunia dakwah.

“Allahyarham pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut, Langkawi.

"Detik permulaan Allahyarham ikut keluar berdakwah dan beriktikaf di masjid memang merisaukan anak-anaknya, namun Allahyarham tetap ingin pergi bersama jemaah lain walaupun prasarana masjid dan surau kadangkala kurang selesa," katanya.

Wan Hilmy berkata, beliau sendiri pernah melihat Allahyarham beriktikaf dan tidur di koridor masjid sahaja.

“Bila kami tanya pada beliau, Datuk okay ke mujahadah macam ini?

"Katanya, sebagai ahli korporat, dah biasa menerima layanan ala VVIP, karpet merah dan sebagainya namun, pada usia senja ini nak cari jiwa kehambaan semula sebelum berjumpa dengan Pencipta,” ujar beliau.

2261541.jpg

Allahyarham Pahamin

Katanya, beliau juga sempat melihat gambar Allahyarham di Facebook yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci Makkah selain berasa terkilan kerana tidak sempat bertemu buat kali terakhir.

Jelasnya, beliau kagum melihat nama Allahyarham tersenarai sebagai antara jemaah yang bakal keluar berdakwah selama 40 hari pada Julai ini.
“Masya-ALLAH, Allahyarham meninggal dunia selepas selesai tunai haji dan masih dalam azam serta niat untuk keluar berdakwah.

“Mudah-mudahan Allahyarham dikurniakan ALLAH dengan husnul khatimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana,” katanya.

Tokey Kapal Terbang...Meninggal pun dalam Kapaterbang
 
Alhamdullillah...

Nikmat dunia dah merasa

Nikmat Akhirat juga..InsyaAllah
 
Back
Top
Log in Register