BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Laporan interim Ketua Audit Negara (AG) berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga ia dibentangkan kepada Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ia susulan perdebatan antara dua ahli Parlimen berhubung pendedahan hasil siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu kepada umum.

Kiandee dalam twitter rasminya @rkiandee berkata: "Laporan Ketua Audit Negara sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan kini ia menjadi sebahagian daripada bukti. (Oleh itu) Peraturan Mesyuarat 85 adalah terpakai".

Peraturan Mesyuarat 85 menyatakan mana-mana penerbitan asal bukti dan keterangan atau "keterangan yang diambil mana-mana jawatankuasa yang dipilih dan apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli jawatankuasa itu, atau oleh mana-mana orang lain, sebelum ia membentangkan laporan berkenaan kepada dewan".

Kiandee turut menulis catatan tweetnya itu kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. – 27 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...umum-kata-timbalan-speak#sthash.XG9TRZFj.dpuf

dengar ckp pak din, dedahkan laporan tu:D
 
Ahli PAC dilantik ke Kabinet, siasatan 1MDB kini meragukan

Timbul persoalan hari ini apabila anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Nur Jazlan kini memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, manakala Reezal Merican dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.

Sebelum ini, jawatankuasa bipartisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.

Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan.

Bekas dan eksekutif 1MDB dijangka hadir ke inkuiri PAC bermula 4 Ogos hadapan. – 28 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...atan-1mdb-kini-meragukan#sthash.GcgkOCDB.dpuf
 
satu cara nak drag lagi penyiasatan 1MDB...
agak2 x ada keputusan lagi..ahli PAC baru kena lantik oktober nanti..
 
u help me..i help u..




:)):)):)):)):)):)):))
 
jiwa aku tak cukup kental untuk harungi semua nie...makin follow makin sakit hati...so nanti dah dapat result pm kat aku je
 
Back
Top
Log in Register