BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

1MDB ulangi komitmen hadir pendengaran PAC

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengulangi komitmennya akan hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), membidas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang tampil mengemukakan teori berbeza.

Syarikat sarat hutang itu percaya dengan proses yang dijalankan PAC dan meletakkan keyakinan kepada ahli jawatankuasa itu yang akan menjalankan siasatan dengan adil dan profesional.

“1MDB sedar kenyataan spekulasi di media hari ini oleh Lim dan Tony Pua mempersoalkan jika bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Presiden Arul Kanda Kandasamy akan menghadiri sesi pendengaran PAC pada Ogos.

“Jelas spekulasi hari ini oleh 2 individu itu bagi mengalih perhatian terhadap kritikan yang dilemparkan kepada Pua, ahli PAC yang banyak memberi kenyataan yang dilihat menghukum 1MDB walaupun proses PAC belum selesai,”
katanya dalam satu kenyataan.

"1MDB mengulangi komitmen kami, seperti diumumkan pada 25 Mei 2015, akan menghadiri pendengaran PAC.

"Kami dengan ini mengesahkan kehadiran kami dan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAC,"
kata 1MDB.

Lim terdahulu hari ini mempersoalkan tindakan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menggesa ahli PAC yang memberi ulasan mengenai 1MDB melepaskan jawatan.

Katanya, Shafee mungkin bertujuan memberi laluan kepada Arul dan Shahrol memboikot siasatan PAC.

Ini kata Lim akan menyediakan duluan yang sangat baik untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya juga tidak tampil di hadapan PAC.

Shafee sebelum ini menyarankan ahli PAC yang masih mengeluarkan kenyataan berhubung 1MDB disingkirkan daripada jawatankuasa Parlimen itu dan diganti dengan ahli Parlimen lain yang lebih memahami tatacara proses siasatan yang dijalankan.

“Parlimen adalah badan paling dihormati, jadi sebagai ahli Parlimen dilantik menganggotai sebuah jawatankuasa bebas di bawah Parlimen, mereka sepatutnya menjaga perilaku, tak boleh keluarkan kenyataan memburuk-burukkan pihak lain.

“Dalam siasatan, ahli PAC sepatutnya memasang telinga, bukannya membuka mulut. Kenyataan hanya boleh dibuat apabila keputusan penuh sudah diperolehi,”
beliau dipetik berkata.

Shafee juga berkata, Pua dan ahli PAC yang rancak mengkritik syarikat berkenaan lebih sesuai menjadi saksi kepada inkuiri daripada menjadi pihak yang mengadili dan menyiasat kes berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Shafee tidak masuk campur urusan mereka, mengatakan beliau tidak berhak meminta Pua keluar dari jawatankuasa itu kerana tindakannya mengkritik 1MDB. – 28 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...en-hadir-pendengaran-pac#sthash.mlgt9Tjv.dpbs
 
dedah la skandal apa pun..

rakyat mesia ni majoritinya mangkuk ayun...

najib masih boleh memerintah 100 tahun lagi
 
dedah la skandal apa pun..

rakyat mesia ni majoritinya mangkuk ayun...

najib masih boleh memerintah 100 tahun lagi

Hahaaa...
Typical Malay bro...
Sesetengah yg mcm macai je mcm tu...
Selagi golongan mcm ni ada selagi tu la mereka tu blh memerintah...
Apa ada kesah?
:eek:
Buat la sisatan apa pun...resulntnya nanti mcm kes lembu kondo tu jgk la...
Dunnoooo...>:P>:P>:P>:P>:P>:P>:P>:P
 
Saya akan hadir...pok jib bgtau sehari sblm kejadian telur hilang...
 
PAC berjumpa semula esok bincang isu 1MDB

Satu mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan diadakan esok bagi membincangkan perkembangan terkini isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin, hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAC meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru mempercayai sumber berita yang tidak sahih yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mas Ermieyati berkata orang ramai harus bertenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi tentang segala keadaan yang dihadapi negara ketika ini.

"Orang ramai mesti bertenang dan mengkaji sumber yang mereka peroleh supaya tidak terpedaya atau terpesong dengan mana-mana maklumat yang palsu dan tidak sahih.

"Saya meminta supaya mereka membuat pemerhatian dan pertimbangan yang bijak dalam menilai supaya tidak tertipu dengan sumber yang tidak benar, malahan mereka sepatutnya selalu meneliti segala maklumat yang diterima,"
katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mahasiswi, di Kuala Lumpur.

Beliau juga menasihatkan semua pihak memberikan peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan penuh integriti tanpa gangguan pihak luar.

"Kita perlu beri kepercayaan dan ruang yang sepatutnya kepada pucuk pimpinan untuk selesaikan masalah yang sedang berlaku agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan keadaan dapat segera kembali seperti sedia kala," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata negara kini sudah berada di atas landasan yang cukup tepat untuk mencapai status negara maju tidak lama lagi, oleh itu sebarang ancaman dalam melemahkan usaha ke arah mencapai status ini harus dibanteras.

"Untuk memiliki status negara maju yang merupakan satu aspirasi sejak sekian lama, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam mengejar impian ini dan janganlah kita tertewas dengan apa jua halangan yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. – Bernama, 8 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...la-esok-bincang-isu-1mdb#sthash.7K0x65HI.dpuf
 
PAC ni tukang siasat ke tukang cakap najib...
confius aku...:)):))
 
PAC akan panggil Jho Low

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan memanggil Jho Low itu berdasarkan kapasiti ahli perniagaan itu sebagai lembaga penasihat Terengganu Investment Authority (TIA).

"Selepas kita mendengar taklimat beliau mengenai pelaburan 1MDB pagi ini, kita buat keputusan memanggil Jho Low atas kapasiti sebagai penasihat TIA yang ditubuhkan pada 2009 dan kemudiannya diambil alih Putrajaya tahun sama.

"Kedudukan rasmi Jho Low adalah sebagai penasihat kepada pengerusi lembaga penasihat yang disahkan dalam laporan Ketua Audit Negara,"
katanya pada sidang media selepas sesi taklimat laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di Parlimen.

Nur Jazlan berkata, tujuan PAC memanggil Jho Low kerana mahu ahli perniagaan itu menjelaskan beberapa isu berkaitan 1MDB tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

Apabila ditanya apakah PAC dapat menjamin kehadiran ahli perniagaan itu, Nur Jazlan berkata ia terpulang kepada Jho Low.

Jawapan yang sama juga diberikan Nur Jazlan berkenaan kemungkinan PAC mengambil tindakan undang-undang sekiranya Jho Low enggan hadir.

"Kita tidak mahu sampai ke peringkat itu tetapi ia terpulang kepadanya (Jho Low)," kata beliau tanpa memaklumkan tarikh PAC akan memanggil Jho Low.

Menurut Nur Jazlan, buat masa ini kepentingan PAC ialah menyelesaikan pendengaran bekas dan ketua pengarah eksekutif 1MDB termasuk saksi baharu serta firma audit syarikat tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata hasil pembentangan Ketua Audit Negara membangkitkan beberapa persoalan baharu yang memerlukan saksi lama dan baharu dipanggil semula pada Ogos dan September.

Antaranya ketua pegawai pelaburan yang bertanggungjawab mengenai 1MDB Vincent Koh, Penasihat Undang-undang Pelaburan Ivan Chen dan Pengarah Eksekutif Terence Geh.

“PAC juga akan memanggil anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Investment Holdings Ltd pada 4 Ogos ini, begitu juga, Datuk Shahrul Helmi, Setiausaha 1MDB Jasmine Loo termasuk Pengarah Urusan Brazen Sky Azmi Tahir,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, hasil laporan interim mendapati beban hutang meningkat 1MBD berpunca daripada pelaburan berdasarkan keterangan saksi yang terlibat dalam bidang itu.

Beliau berkata, ia punca mengapa saksi baharu dipanggil berdasarkan beberapa persoalan baharu yang timbul.

Selain itu, Nur Jazlan juga berkata wujudnya percanggahan jawapan antara Ketua Audit Negara dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda KandaSamy.

"Ketua Audit Negara memberitahu beliau tidak menerima dokumen 1MDB, bagaimanapun Arul Kanda maklumkan ia sudah diberi. Bagi pihak kita, sudah tentu lebih percayakan Ketua Audit Negara," katanya.

Malah beliau juga menafikan penambahan saksi baharu dan lama dalam siasatan PAC membuktikan krisis skandal kewangan membabitkan kerajaan yang kritikal.

"Kita tidak kata keadaan semakin teruk. Terpulang kepada persepsi umum menterjemahkannya. Kita hanya menjalankan tanggungjawab menyiasat secara adil," katanya. – 10 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pac-akan-panggil-jho-low#sthash.QlZpYEcN.dpuf
 
Kementerian Kewangan gagal serah dokumen diperlukan, kata anggota PAC

Kementerian Kewangan masih gagal untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam usaha menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kata Tony Pua hari ini.

Anggota PAC itu berkata, ekoran kegagalan Kementerian Kewangan berbuat demikian ia membangkitkan persoalan adakah berpunca daripada arahan atasan untuk tidak menyerahkan dokumen tersebut.

"Banyak dokumen yang diminta PAC daripada Kementerian Kewangan masih belum diserahkan walaupun kita kerap kali adakan setiap mesyuarat dan memperingatkan wakil Kementerian Kewangan yang hadir.

"Kami buat penemuan dengan Kementerian Kewangan sejak April dan sampai hari ini satu dokumen tidak sampai kepada pihak PAC,"
katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tindakan tersebut seolah-olah ingin menyekat dokumen yang diperlukan PAC untuk menjalankan siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu.

Hari ini merupakan taklimat akhir Ketua Audit Negara mengenai laporan interim 1MDB yang menyentuh mengenai pelaburan syarikat tersebut termasuk di PetroSaudi.

Laporan interim diserahkan kepada pengerusi PAC semalam di Parlimen bagaimanapun ianya tidak didedahkan kepada umum.

Pada masa sama, ahli Parlimen pembangkang itu menyambut baik usaha pasukan petugas khas yang diketuai Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang menyiasat isu berbangkit mengenai dakwaan The Wall Street Journal (WSJ).

"Saya ingin kesemua siasatan dibuat secara telus dan serius kerana harapan rakyat terletak di bahu mereka," katanya.

Beliau juga turut menyatakan kekecewaan dengan keputusan Kabinet Rabu lalu yang menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meskipun terpalit dengan skandal kewangan terbesar.

"Kita amat kecewa dengan keputusan Kabinet, kerana itu kita tidak mengharapkan tindakan daripada Kabinet namun saya menyokong pasukan petugas khas ini menyiasat tanpa takut dan gentar.” – 10 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...erlukan-kata-anggota-pac#sthash.SSc7NVkZ.dpuf
 
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

silap-silap....c4 menunggu j low
 
Back
Top
Log in Register