BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

bkn ke Datuk Jazlan ni org UMNO??
agak2 ada mpengaruhi keputusan PAC x?
 
bkn ke Datuk Jazlan ni org UMNO??
agak2 ada mpengaruhi keputusan PAC x?

pertaruhkan diri untuk org lain?..x berbaloi bro..klo kes kcik2 bley la..klo kes besar mcm nih, celah maner nk cilok..melainkan dier mmg hati kering la..hahaha
 
Kedudukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat, kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata ini kerana ahli PAC dilantik oleh jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Nama beliau (Pua) dicadangkan oleh parti dan dipilih Jawatankuasa Pemilih. Jadi hanya jawatankuasa yang boleh menggantung keanggotaan beliau,"
katanya.

Nur Jazlan mengulas mengenai kedudukan Pua dalam PAC berikutan dakwaan pertemuan ahli Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo di Singapura.

Semalam, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional turut menggesa Pua mengecualikan diri daripada terlibat dalam siasatan PAC terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal rakyat berikutan dakwaan pertemuan itu.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Nur Jazlan turut menjelaskan keanggotaan Pua dalam PAC tidak menjejaskan siasatan jawatankuasa itu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Memandangkan kami (ahli PAC) dipilih daripada parti, kami hanya buat kerja kami untuk memberi pandangan dan kami neutral," katanya. PAC memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei lepas. – Bernama, 23 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...dukan-tony-pua-dalam-pac#sthash.BZDxRHPC.dpuf
 
Lantak la nak songlap..

Tapi jgn menyusahkan org lain..

Ringgit pun jatuh... Tanda ekonomi drop tu... Tolong la penyokong umno ni nampak sket
 
PAC mahu Kementerian Kewangan panggil Jho Low

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho (gambar, kanan) perlu dipanggil sebelum menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 8 September ini untuk menjawab segala persoalan mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan meminta Low hadir memandangkan kementerian tersebut merupakan pemegang saham utama 1MDB.

"Mereka perlu tahu di mana beliau dan mampu untuk mengesannya," kata Nur Jazlan dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata bukan masalah PAC kementerian tersebut mengesan ahli perniagaan terbabit yang turut dikenali sebagai Jho Low dan mereka mempunyai sumber.

"Boleh menggunakan polis untuk mengesan mereka," katanya .

Low pada awalnya terlibat dalam Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar kepada 1 MDB dan dinamakan sebagai perunding khas dan tidak rasmi dalam syarikat tersebut.

PAC juga memanggil pengarah Brazen Sky untuk hadir pada 9 September susulan penemuan Ketua Audit Negara dalam laporan interim 1MDB.

Sebanyak RM6.1 bilion dana negara disalurkan kepada Brazen Sky.

Dilaporkan pada bulan lalu, jumlah keseluruhan iaitu AS$1.103 bilion atau (RM4.059 bilion) dalam 1MDB ditebus daripada dana Brazen Sky di Pulau Cayman dan ia tidak disimpan dalam mata wang dolar AS namun sebagai unit di BSI Bank LTD, Singapura.


1MDB mencetuskan kontroversi kerana hutangnya yang meningkat sebanyak RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun operasinya.

Justeru, syarikat pelaburan itu kini sedang giat melupuskan asetnya iaitu loji penjanaan kuasa dan tanah.

Ia juga kini dalam siasatan pasukan petugas khas kerajaan yang memeriksa akaun syarikat terbabit. – 24 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...kewangan-panggil-jho-low#sthash.lbwlwNmX.dpuf
 
Yg pada akhirnya penyamun akan terlepas juga.
 
Laporan interim 1MDB tidak boleh didedahkan kepada umum, kata timbalan speaker

Laporan interim Ketua Audit Negara (AG) berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga ia dibentangkan kepada Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ia susulan perdebatan antara dua ahli Parlimen berhubung pendedahan hasil siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu kepada umum.

Kiandee dalam twitter rasminya @rkiandee berkata: "Laporan Ketua Audit Negara sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan kini ia menjadi sebahagian daripada bukti. (Oleh itu) Peraturan Mesyuarat 85 adalah terpakai".

Peraturan Mesyuarat 85 menyatakan mana-mana penerbitan asal bukti dan keterangan atau "keterangan yang diambil mana-mana jawatankuasa yang dipilih dan apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli jawatankuasa itu, atau oleh mana-mana orang lain, sebelum ia membentangkan laporan berkenaan kepada dewan".

Kiandee turut menulis catatan tweetnya itu kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. – 27 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...umum-kata-timbalan-speak#sthash.XG9TRZFj.dpuf
 
Back
Top
Log in Register