BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Mengenai dakwaan Najib memusnahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan melemahkan penyiasatan atas 1MDB dengan menaikkan pangkat 4 ahlinya - Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau - menjadi timbalan menteri, Nazri berkata, rakyat tidak perlu terlalu cuba mentafsirkan maksud sesuatu yang tersirat.

“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,”
katanya.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...ri-nahas-kata-nazri-aziz#sthash.o9OQ3bEj.dpuf
 
10984566_10153536179914883_6204965970277004630_n.jpg
 
sptnya ahli panel PAC bkn dr kalangan org politik..sbb diorg msti ade kecederungan atau boleh dipengaruhi sebelah pihak..knp x lantik org bebas?? seeloknya tubuh siasatan diraja.
 
sekarang ni PAC dah tak boleh berfungsi, sbb 4 orang dalam PAC termasuk pengerusi PAC sendiri dah dijadikan Timbalan Menteri dan Menteri. Persoalannya mengapakah sekarang baru Najib nak buat begini? Mengapakah Najib tak tunggu siasatan selesai baru lantik mereka jadi Menteri dan timbalan menteri? Sebabnya Najib memang nak tangguhkan prosiding PAC itu kerana denagn kehadiran Arul Kanda dan Shahrol Halmi CEO dan mantan CEO 1MDB akan mendedahkan segala salah laku Najib dan kuncu-kuncunya di dalam 1MDB itu sendiri.
 
Siasatan 1MDB umpama sudah mati, kata TI-M

Peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini termasuk proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta pemecatan pegawai-pegawai kerajaan, menimbulkan persepsi masyarakat terdapat usaha bersepadu untuk menghentikan siasatan, kata Transparency-International Malaysia (TI-M).

Ura-ura mengatakan siasatan yang sedang dijalankan seakan-akan berakhir, kata presidennya Datuk Akhbar Satar menambah seluruh skandal 1MDB mempamerkan sikap tadbir urus tidak baik, tidak berintegriti dan tidak menghormati undang-undang.

"Proses siasatan yang lembab seperti siput dan dengan penghentian aktiviti PAC ditambah dengan pemecatan pada 29 Julai, bagaimana rakyat Malaysia yang bijak akan melihat seluruh episod? Sesungguhnya mereka akan fikir ini usaha menghentikan siasatan 1MDB,"

"Ditambah pula akhbar yang secara agresif mendedahkan isu-isu berkaitan 1MDB yang ditekan dengan penggantungan. Janji tiada sekatan Internet juga tidak ditepati"

Bagi TI-M, siasatan itu seperti "hidup segan mati tak mahu"atau sudah mati memandangkan ikan bilis yang disabitkan kesalahan"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara kerana faktor kesihatan walhal beliau sebahagian pasukan petugas 1MDB yang menyiasat dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan lalu yang berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah mengejutkan. – 30 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...ama-sudah-mati-kata-ti-m#sthash.bEpZYG3s.dpuf
 
“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan.

“Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara,”
katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/pemuda-umno-labis-minta-najib-rehat-1.414448
 
Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”.

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:
  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.
  • Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen “tidak penting”.
  • Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/306675
 
PAC cadang umum laporan ringkas 1MDB kepada rakyat

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mungkin akan mengeluarkan laporan ringkas berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan tekanan daripada orang ramai, kata Dr Tan Seng Giaw.

Timbalan pengerusi PAC itu berkata, laporan ringkas itu akan didedahkan bagi memaklumkan kepada orang ramai tahap siasatan PAC, susulan penangguhan prosiding sehingga Oktober.

"Dengan tekanan orang awam, PAC mungkin terpaksa mengeluarkan laporan ringkas, bagi memberitahu orang ramai setakat mana siasatan dibuat sebelum prosiding ditangguhkan selama hampir 3 bulan,"
katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, PAC masih sedang mempertimbangkan perkara itu memandangkan mereka khuatir sekiranya tindakan berkenaan melanggar mana-mana undang-undang.

"Kita sedang mempertimbangkan kerana kita mesti ambil kira undang-undang, apakah maklumat yang kita boleh beri tanpa melibatkan undang-undang.

"Kita mesti mendaulatkan undang-undang, sebab itu kita mesti mempertimbangkan semasak-masaknya,"
katanya. – 4 Ogos, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...ngkas-1mdb-kepada-rakyat#sthash.9QAcrgPr.dpuf
 
masok duit berbillion billionpun bley ckp derma..pastuh setel mslh..mcm dah xder harapan jerk PAC nih..
 
Back
Top
Log in Register