d_conan
CG Top Poster Club

- Messages
- 24,173
- Joined
- Aug 24, 2011
- Messages
- 24,173
- Reaction score
- 868
- Points
- 161
Aku suke PAC yg dulu...mane2 kementerian yg boros,xde cover line..
PAC yg dulu sapa bro?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Aku suke PAC yg dulu...mane2 kementerian yg boros,xde cover line..

"Sekarang kami ada lebih banyak maklumat dari Deloitte, dari KPMG. Mereka harus lebih bimbang bahawa kami kini mempunyai lebih banyak maklumat, dan disahkan oleh juruaudit mereka sendiri."
Inilah kata-kata yang dilaporkan telah diucapkan oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Nur Jazlan Mohamad yang diarahkan kepada pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua eksekutifnya Shahrol Halmi.
Nur Jazlan berkata sedemikian kepada pemberita mengenai tarikh baru kedua-duanya akan dipanggil pada bulan Ogos, selepas mereka tidak menghadiri pertemuan pertama mereka awal bulan ini.
Beliau juga sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada pasangan 1MDB ini kerana tidak menghadiri pertemuan-pertemuan sebelumnya dengan kata-kata yang sama-sama tidak menyenangkan, mengisyaratkan mengenai kuasa untuk menghukum mereka yang gagal untuk menjawab panggilan itu.
Tetapi walaupun dengan adanya amaran-amaran itu, "maklumat lanjut" dari firma audit dan kemungkinan lebih banyak penemuan PAC dalam skandal 1MDB, adakah jawatankuasa itu sebenarnya mempunyai taring atau keberanian untuk menggunakannya?
Bolehkah penemuan PAC benar-benar digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana awam, apatah lagi menghentikan kejadian itu daripada berlaku lagi pada masa akan datang?
Ia kelihatan agak mencabar, jika dilihat dari laporan-laporan PAC mengenai penemuan terhadap penyelewengan dana dan projek awam yang lain.
Sila lihat penemuannya ke atas Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan yang dilaporkan menjadi alat menyembunyikan perbelanjaan yang tidak termasuk dalam bajet.
PAC mendapati yang PFI membenarkan kerajaan untuk membuat pinjaman yang tidak tersenarai dalam bajet yang tidak kelihatan sebagai tanggungan kerajaan, mengubah kadar defisit, kadar hutang dan keluaran dalam negara kasar Malaysia.
"Perbelanjaan luar bajet boleh menimbulkan keraguan terhadap perangkaan yang dikeluarkan dalam bajet dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar kewangan kerajaan, termasuk liabiliti kontingen, defisit dan hutangnya," jelas laporan itu.
Tetapi di sebalik penemuan serius ini, PAC hanya mengsyorkan supaya PFI atau peruntukan dan perbelanjaan yang sama dibentangkan dan diluluskan di Parlimen secara telus.
Walaupun ini adalah baik, tiada apa yang dikatakan mengenai usaha mendakwa pihak-pihak yang bertanggungjawab bermain-main dengan akaun negara kita.
Tindakan menyembunyikan kewangan melalui muslihat perakaunan harus menjadi kesalahan jenayah dan mendapat hukuman yang berat, bukan hanya nasihat.
Begitu juga apabila PAC mendapati bahawa terdapat konflik kepentingan dalam penganugerahan kontrak Express Rail Link (ERL) bernilai RM 100 juta, kerana pemegang saham firma pemberi kontrak dan kontraktornya adalah dari pihak yang sama, tiada apa yang disebut tentang usaha menghukum mereka yang bertanggungjawab.
"Terdapat percanggahan kepentingan dalam pemberian tender yang dilakukan secara rundingan terus dengan kontraktor, kerana pemegang saham kontraktor utama dan pemegang saham utama ERL adalah dari pihak yang sama," menurut PAC.
Tetapi cadangannya hanyalah supaya Jabatan Audit Negara menjalankan audit ke atas kawasan pembangunan KLIA, untuk memastikan konsesi yang diberikan kepada MAHB tidak membebankan kerajaan dan rakyat.
PAC turut menggesa kerajaan untuk mengikuti peraturan-peraturan sendiri mengenai perolehan, serta menjalankan kajian menyeluruh mengenai cara untuk mengelakkan konflik kepentingan dalam perolehan di masa depan.
Respons ini agak lemah, kerana adalah jelas bahawa peraturan kerajaan telah dilanggar, dan juga undang-undang anti-monopoli.
Dalam kedua-dua kes, ia kelihatan seperti apa yang PAC lakukan hanyalah memberikan mereka yang terlibat hukuman yang ringan, jika dilihat dari beratnya kesalahan itu.
Jadi adakah PAC hanyalah akauntan yang tidak ada gunanya selain hanya memeriksa akaun anda dan memberikan nasihat, walaupun Parlimen dan pengundi mempercayainya?
Dengan penemuan ini sebagai penanda arasnya, kita pasti tertanya-tanya jika PAC akan melakukan sesuatu untuk membendung arus penyalahgunaan ini, apatah lagi menghukum mereka yang bertanggungjawab.
Apa gunanya PAC jika ianya tidak bertaring?
Jika ini adalah caranya PAC beroperasi, maka apa yang kita boleh berharap dalam hal 1MDB ialah ia akan bertindak lebih dari sekadar meminta kerajaan bersikap telus dalam penggunaan wang rakyat dalam 'alat pelaburan', dan menjalankan kajian mengenai ketidakwajaran tindakan menyalahgunakan wang cukai.
Apa yang diperlukan ialah penguatkuasaan tegas terhadap pelakunya, tidak kira siapa mereka atau jawatan kerajaan yang mereka pegang.
Tetapi itu akan bergantung kepada sama ada PAC – dan Parlimen yang memberinya kuasa – mempunyai inisiatif untuk meneruskan reformasi yang amat diperlukan.
Sumber: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Tiada-gunanya-buru-1MDB-jika-PAC-tiada-taring#sthash.zCPxf8Jw.dpuf

PAC yg dulu sapa bro?

PAC nih cuma jawatankuasa.. PAC tiada kuasa untuk mendakwa.. So x timbul soal kenapa PAC x mendakwa sebab PAC mmg tiada kuasa untuk mendakwa..
Selepas siasatan akaun dibuat terhadap suatu organisasi, PAC akan highlight mana-mana kesalahan yang dilakukan.. Jika ada, PAC akan memberi cadangan baikpulih di dalam laporan kepada Perbendaharaan..
Selaras dengan perenggan 304(b), Arahan Perbendaharaan, Perbendaharaan sepatutnya melaporkan kembali kepada PAC adakah cadangan atau penambahbaikan telah diambil oleh Perbendaharaan..
Klu x silap aku, tiada satupun laporan diterima PAC daripada Perbendaharaan.. Salahkan Perbendaharaan dan gomen, bukan PAC sebab kuasa PAC adalah terhad.. Kuasa mendakwa dan menghukum adalah di tangan gomen..
SPRM pun tiada kuasa mendakwa..

kira PAC nih hanyalah detektif conan la kan?..


