BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

PAC: Deloitte nafi anak Najib terlibat audit 1MDB

http://www.youtube.com/watch?v=AK1mzoCcCqI

Firma audit antarabangsa Deloitte telah menafikan bahawa anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak- Mohd Nizar Najib - terlibat dalam audit 1MDB.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, firma itu telah menjelaskan kepada jawatankuasa itu bahawa Nizar bekerja di seksyen perkhidmatan kewangan Deloitte dan bukan di seksyen pengauditan.
 
PAC sets new date for Arul, warns 'no excuses'

R0mY_bR1BlkogcQ6kMV2q_N4IX0VhRUuQrJG5QqybMp98hqUtVIuwoORENrOUc_-MVEqTWSY9xKPZL5oSyI


1MDB president Arul Kanda and former CEO Shahrol Ibrahim Halmi will be called to testify before the Public Accounts Committee (PAC) in the first week of August, said committee chairperson Nur Jazlan Mohamed.

Speaking at a press conference today, Nur Jazlan said formal notices would be sent to the pair soon.

This comes after Arul and Shahrol failed to attend a previous hearing on May 26, ostensibly because they were overseas.

"This time, no more excuses. The two of them must come," Nur Jazlan said.

He explained that the long notice period was because of the upcoming Ramadan fasting month, which is expected to take place from June 18 until July 16, and the Aidilfitri celebrations afterwards.

"Because of the puasa month and the hari raya period, we give them a chance. Arul is a Muslim, so we have to give him a chance to celebrate puasa.

"So we start in the first week of August. We will call both of them, and hopefully we can call the (1MDB) board by the end of August," he said.

By September, Nur Jazlan said PAC would have the "big picture" of the happenings in and around 1MDB, after questioning its main players – namely its sole shareholder the Ministry of Finance, its executives Arul and Shahrol, its current and former auditors, and its board members.

From then on, he said PAC would decide what leads it should follow and whom to call next.

In the meantime, PAC grilled representatives from the auditing firm Deloitte today in a hearing which ran from about 11.20am until 2.50pm.

It originally intended to question Arul and Shahrol first before calling 1MDB's auditors to testify, but decided to proceed with questioning the auditors after the duo informed PAC that they are unable to attend the hearing.

Nur Jazlan said the change of plans turned out to be a "blessing in disguise", as it provided the committee with a wealth of information that it can use to query other witnesses later.

"We don't know the real information – the facts and figures. All we know are from media reports – lots of allegations, we don't know if it is proven true or not.

"So just now we got the testimony from Deloitte. It must be testimony that is based on truth," he said when asked to elaborate.

Seven Deloitte representatives appeared before the committee today, including Deloitte Malaysia country managing partner Tan Theng Hooi (photo), and audit partner Ng Yee Hong, the latter of whom had signed off 1MDB's March 2014 accounts.

Nur Jazlan said as PAC would be comparing Deloitte's testimony against those of other witnesses, it is possible that the PAC might call the firm to a hearing again.

Source : Malaysiakini
 
Bank Negara, PAC boleh sahkan saya tipu atau tidak, kata Arul

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata pihak berkuasa kewangan yang menyelia operasi 1MDB boleh memantau sama ada beliau menipu atau tidak, seperti didakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau secara profesional bertanggungjawab kepada lembaga pengarah 1MDB dan pemegang saham di Kementerian Kewangan.

"Dalam konteks sekarang, ia termasuklah Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Ini pihak berkuasa yang sah untuk menentukan sama ada saya pernah berbohong, seperti didakwa, kerana mereka ada akses kepada semua maklumat,"
katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab tuduhan Dr Mahathir.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa Arul sudah acap kali berbohong berkenaan operasi 1MDB. – 10 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...aya-tipu-kata-arul-kanda#sthash.EMglP4y6.dpuf
 
Tidak ada pengaruh anak Najib dalam audit 1MDB, kata PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada pengaruh politik yang membabitkan peranan anak lelaki perdana menteri, Mohd Nizar Najib dalam syarikat Deloitte & Co, firma audit bagi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerja dalam bahagian perkhidmatan kewangan syarikat antarabangsa itu.

Deloitte sebuah firma audit antarabangsa, dipanggil PAC dalam sebahagian daripada siasatan syarikat sarat hutang itu dan Nizar sudah bekerja sejak 2004.

"Beliau bukan berada dalam bahagian audit, tetapi berada dalam perkhidmatan kewangan. Beliau tidak terlibat dalam audit 1MDB. Tidak ada campur tangan politik," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. – 10 Jun, 2014.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...alam-audit-1mdb-kata-pac#sthash.EhNmUaXK.dpuf
 
Sblm nih bukan ker arul nih dah ckp bohong?...per yg dier pusing2...
 
Siapa berkuasa luluskan pendengaran 1MDB secara langsung, soal PAC

Saranan untuk menyiarkan prosiding pendengaran syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung membangkitkan persoalan mengenai pihak manakah yang mempunyai kuasa mutlak meluluskan siaran tersebut, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, meskipun beliau secara peribadi tidak membantah prosiding pendengaran tersebut dibuat secara siaran langsung, pelaksanaannya tidak dibenarkan berdasarkan prosedur Parlimen.

"Saya tidak ada bantahan untuk PAC membuat prosiding secara langsung, tapi prosedur Parlimen kini tidak membenarkan ia dilakukan.

"Timbul persoalan, siapakah yang menentukan keputusan tersebut? Sama ada Kabinet atau speaker?,"
soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 11 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...secara-langsung-soal-pac#sthash.205z2ew0.dpuf
 
Laporan Interim 1MDB tidak akan didedahkan kepada umum, kata PAC

Laporan interim Ketua Audit Negara terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijangka siap pada akhir bulan ini, tidak akan didedahkan kepada umum.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, laporan itu hanya akan dikemukakan kepada komiti jawatankuasa bi-partisan untuk penelitian, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.

"Saya diberitahu oleh ketua audit negara hari ini, beliau sudah bersedia untuk membentangkan laporan interim 1MDB pada akhir bulan ini.

"Selepas itu, ia akan dibentangkan kepada PAC,"
katanya selepas taklimat dengan ketua audit negara rentetan pembentangan siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2015 hari ini.

Beliau berkata laporan interim tidak akan diedarkan kepada semua ahli Parlimen persekutuan. – 15 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...kan-kepada-umum-kata-pac#sthash.NQ7FvTwr.dpuf
 
audit negara x berhasrat nak dedahkan hasil auditnya so,what,org akan pk you have a big thing to hide
 
Back
Top
Log in Register