BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Audit 1MDB, tapi Najib mesti berundur

Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan walau apa saja keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Zaid mengesan bahawa Najib tidak mengemukakan projek 1MDB ke kabinet atau ke parlimen, walhal ia adalah satu projek di luar belanjawan.

Bekas menteri hal ehwal undang-undang itu berkata, tindakan Najib itu bertentangan dengan prinsip tanggungjawab menteri.

“Ini bermakna, Najib perlu meletak jawatan walau apa jua disebut oleh laporan audit,”
katanya dalam kenyataan di blognya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib yang menyeru semua pihak agar menunggu keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain itu, Najib juga berkata beliau tidak boleh dipaksa meletak jawatan sebelum mandatnya selama lima tahun berakhir.

Mengulas pendirian ini, Zaid berkata, sikap Najib bertentangan dengan sistem Westminster, di mana kerajaan dan menteri bertindak mengikut konvensyen dan etika sistem berparlimen.

“Semua menteri terikat dengan prinsip tanggungjawab peribadi dan kolektif. Maka jika seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, dia mesti letak jawatan,” katanya.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membangkitkan masalah 1MDB jika ia dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat kabinet, katanya.

“Jika (Muhyiddin) tidak bersetuju dengan keputusan ini, beliau sepatutnya sudah lama meletak jawatan.

“Jika ia tidak dibentangkan langsung, maka Najib perlu meletak jawatan kerana mengikut prinsip tanggungjawab peribadi, ini jelas menunjukkan kecuaian tugas,”
kata Zaid.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan ke atas 1MDB semalam.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/298979
 
Khairy mahu PAC siasat Jho Low berhubung 1MDB

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana penglibatannya dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor The Star Online.

Beliau berkata, spekulasi awam ke atas penglibatan Low dalam skandal itu terlalu besar untuk diabaikan, sambil menambah "apa sahaja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat".

Khairy berkata demikian kepada PAC yang semalam berkata ia tidak mempunyai rancangan untuk memanggil Low, juga dikenali sebagai Jho Low, terhadap skandal 1MDB "pada masa ini".

Bagaimanapun Khairy berkata, jika PAC mahu melakukan siasatan menyeluruh, ahli perniagaan, yang dikaitkan dengan pelbagai urus niaga 1MDB dan didakwa menyalurkan AS$700 juta melalui syarikat milik beliau, mesti dipanggil.

Khairy berkata, beliau percaya ini adalah apa yang orang ramai harapkan juga, The Star Online memetik beliau sebagai berkata.

Semalam, ketika PAC memulakan siasatan ke atas 1MDB, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata mereka tidak melihat keperluan untuk memanggil Low dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.

Khairy hari ini berkata beliau akan berpegang kepada penerangan Nur Jazlan "buat masa ini".

"Tetapi akhirnya mereka perlu memanggil Jho Low. Tidak boleh ada sebarang penutupan jika Jho Low tidak disoal," kata Khairy.

Laman sesawang Sarawak Report mendedahkan Low sebagai arkitek perjanjian meragukan antara 1MDB dan syarikat minyak dan gas tidak terkenal, Petro Saudi International, tetapi Low menafikan semua tuduhan terhadapnya, dan berkata beliau menjadi mangsa “putar belit ahli Umno". – 20 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...t-jho-low-berhubung-1mdb#sthash.fqg81pPU.dpuf
 
1MDB: Siasat individu sebar maklumat tidak sah - Gabem

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu menyiasat mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat berhubung syarikat pelaburan strategik negara (1MDB) di laman sosial.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, golongan penyebar ini juga harus dipanggil sebagai saksi dalam prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara .

"Individu yang menyebar maklumat berkenaan 1MDB perlu dijadikan terma rujukan dalam siasatan. Mereka harus dipanggil untuk memastikan kesahihan berita yang di'viral'.

"Saya tahu rakyat mengharapkan mereka ini harus disiasat juga. Selama ini pihak ini tidak bertanggungjawab mendedahkan segala bukti dan maklumat yang dikatakan draf perjanjian melibatkan 1MDB, kini kita lihat sejauh mana realiti 'pemberitaan' mereka,"
katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Sebelum ini, 1MDB dilaporkan hanya akan menjawab sebarang persoalan mengenai isu berkenaan kepada Ketua Audit Negara dan PAC.

Dalam satu kenyataan 1MDB, syarikat itu memberitahu, mereka mengambil perhatian kepada setiap soalan yang ditimbulkan kepadanya di dalam media walaupun dilihat kekurangan bukti.

Sementara itu kata Abdul Rahim, bukti yang ada pada individu berkenaan perlu dijadikan bahan yang boleh disiasat kesahihannya.

"Sekiranya perkara itu pembohongan, pihak berkuasa harus mengambil tindakan sewajarnya agar perbuatan mereka dijadikan teladan untuk tidak dicontohi.

"Ia sekali gus akan menghalang perkara sama berulang pada isu lain agar negara tidak huru-hara oleh perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini,"
ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada semua pihak agar mendapatkan maklumat dari sumber yang sah seperti Ketua Audit Negara.

Najib berkata maklumat tidak sepatutnya diperolehi dari portal berita, pihak ketiga atau mana-mana blog yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...ividu-sebar-maklumat-tidak-sah-gabem-60487?cp
 
Jangan ragui PAC siasat 1MDB, Nur Jazlan beritahu pengkritik

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa semua pihak termasuk blogger tidak meragui siasatannya terhadap syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas hanya akan merosakkan siasatan 1MDB dan seterusnya menggagalkan kerja siasatan.

“Tuduhan dan tohmahan beginilah yang akhirnya akan merosakkan siasatan 1MDB.

“Tuduhan melulu yang belum dapat dibuktikan ini dan pelbagai tuduhan lain yang akan mewarnakan siasatan 1MDB akhirnya akan menyebabkan siasatan ini tak berjaya.

“Saya minta dia dan blogger lain untuk hentikan tuduhan dan tohmahan dan tidak mewarnakan siasatan 1MDB,”
katanya kepada The Malaysian Insider.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin menerusi entri terbaru blognya hari ini mempersoalkan sama ada ahli PAC cuba mensabotaj jawatankuasa siasatan 1MDB.

Kadir turut melampirkan senarai 13 ahli PAC yang terdiri daripada 8 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Jazlan berkata tidak wajar meragukan usaha PAC dalam melakukan siasatan ke atas 1MDB kerana ia hanya akan menghalang siasatan dapat dijalankan secara telus.

Katanya, keseriusan PAC dalam melakukan siasatan ke atas 1MDB dapat dibuktikan apabila mendahului hasil audit yang dilakukan Jabatan Audit Negara.

“Kita dah mula dan akan terus panggil saksi. Maknanya kita mendahului ketua audit. Saya tak faham maksud tuduhan itu.

“Dalam siasatan ini, yang ada hak untuk memanggil, PAC. Kenapa sekarang ahli PAC diragukan, dipersoalkan? Macam mana kita nak buat siasatan yang telus dan bermakna.

“Saya minta hentikan tuduhan dan kami di PAC tidak mahu didorong mana-mana pihak atas tujuan politik,”
katanya.

PAC pada Selasa memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Yusoff, serta pegawai kanan kedua-dua jabatan dalam prosiding pertama mereka.

Jazlan berkata, PAC akan memanggil saksi yang mewakili pengurusan syarikat dan seterusnya lembaga pengarah, serta firma audit yang terlibat dalam mengesahkan kedudukan kewangan syarikat.

"Pada 26 Mei ini, pengurusan syarikat 1MDB ketika ini, diketuai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy serta mantan CEO 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi akan hadir di hadapan jawatankuasa ini untuk memberikan penjelasan berhubung prosiding sama," katanya. – 22 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...zlan-beritahu-pengkritik#sthash.1Axx9Pvc.dpuf
 
nak siasat apa lagi kalau dah rugi 41 billion...bukan boleh dapat balik pun duit tu..
 
1MDB: Jangan percaya poster palsu di media sosial - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta tidak mempercayai sekeping poster palsu di media sosial mengenai kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tentang keengganan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk bekerjasama dalam siasatan kes mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, isu itu tidak timbul selain menyifatkan ahli lembaga pengarah 1MDB sudah memberi kerjasama penuh dalam isu berkenaan.

"Poster disebar sehari dua ini dalam media sosial. Ia tidak benar. Pengurusan dan lembaga pengarah sudah beri kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara (AG)," katanya dalam catatan di laman Twitter.


Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...r-palsu-di-media-sosial-ahmad-maslan-60669?cp
 
Nampaknya peratus peluang najib terlepas sangat besar
 
Back
Top
Log in Register