BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Optimis terajui segmen televisyen UHD

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Televisyen melengkung keluaran Samsung ini dijual pada harga RM21,999.


SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) optimis menjadi peneraju utama televisyen segmen premium di Malaysia bagi televisyen ultra berdefinisi tinggi (UHD).

Presidennya, Lee Dong Yong berkata, pada 2013 sebanyak 1.9 juta unit televisyen UHD dijual di peringkat global dan menyasarkan enam juta unit televisyen UHD terjual di peringkat global tahun ini.

“Dengan pelancaran televisyen baharu Curved UHD serta pelbagai siri televisyen UHD Samsung, kami yakin ia akan menyumbang kepada sasaran tersebut kerana apa yang penting adalah kami akan mempertingkat jenama kami untuk menjadi peneraju utama dunia bagi
televisyen UHD.

“Kami akan beri pelanggan kami pengalaman hebat dan Malaysia akan menjadi antara penyumbang kepada sasaran jualan peringkat global tersebut,” katanya ketikaPelancaran televisyen Curved UHD di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Unit Perniagaan (Audio Visual) Samsung Malaysia Electronics, Jason Foo Hsiang Hian berkata, televisyen UHD merupakan segmen premium bagi televisyen dengan saiz55 inci, 65 inci dan 85 inci.

“Kami bakal lancar lima produk televisyen UHD terbaharu yang dilihat mampu beri penguasaan pasaran kepada kami, sekali gus menjadi peneraju utama televisyen UHD di Malaysia,” katanya.
 
baik aku beli keter... kekeke
 
lepas nie semua pelakon2 kene pakai bedak tebal2 nak bg tutop kawah kt muka...
 
Back
Top
Log in Register