BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Warta: Bayar atau ditangkap

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Ketua-Trafik-Pasukan-SAC-Dato-Fuad-Abdul-Latiff.-600x360.jpg


KUALA LUMPUR, 24 Ogos:
Ops Waran Tangkap atau Ops Warta akan disambung semula Khamis ini, dan polis menasihatkan mereka yang belum menjelaskan bayaran masing-masing tampil berbuat demikian atau berdepan ditangkap.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata sejak operasi itu dimulakan pada Mei tahun ini, 240,000 waran tangkapan diselesaikan membabitkan jumlah bayaran RM1.59 juta.

“Jabatan trafik akan menjalankan operasi mencari dan menangkap mereka yang masih belum menjelaskan bayaran saman membabitkan jumlah RM1.35 juta.

“Sekatan jalan akan dijalankan dan kami akan pergi rumah ke rumah dalam misi untuk mengenal pasti dan menangkap mereka yang terbabit.”
Sehubungan itu, beliau mendesak orang ramai memeriksa status saman mereka dan membayar saman yang masih belum dijelaskan.

“Saya juga menasihatkan mereka yang mempunyai banyak saman tertunggak berjumpa saya atau ketua trafik negeri lain supaya kami dapat meneliti semula status saman mereka.”


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/24/ops-warta-bayar-atau-ditangkap/#ixzz3jj54KxP7
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register