BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Taring Gelora: PPM Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Hampir RM6 Juta Ke Indonesia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ops Taring Gelora: PPM Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Hampir RM6 Juta Ke Indonesia​

4d96c25735572e9b23d8191ae8937df76a63373aa2f37

bb582fe189e5b64210047601c795b83e6a63372a93440

78efd8c3b1988281ec970cb4074233d36a63376850f71

0333cc4e0c4a2d4066fa2c76e460b9a96a63377eaea69

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tiga, kiri) menunjukkan dadah jenis methamphetamine dan 3,497 kartrij rokok elektronik (vape) mengandungi cecair disyaki methamphetamine bernilai RM6.1 juta yang dirampas Pasukan Polis Marin dalam Op Taring Gelora di perairan selatan Pulau Rimau pada 17 Julai lepas, ketika sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah bernilai hampir RM6 juta ke Indonesia menerusi Ops Taring Gelora di perairan Pulau Rimau, dekat sini pada 17 Julai lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM) berhubung pergerakan sebuah bot fiber yang dinaiki dua lelaki warga Indonesia dan disyaki digunakan untuk menyeludup dadah ke Indonesia.

“Anggota operasi mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan kira-kira tujuh batu nautika di selatan Pulau Rimau, apabila diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek bertindak memecut laju serta melakukan pelbagai gerakan berbahaya bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

“Pasukan operasi kemudian mengejar bot itu selama hampir 30 minit sebelum melanggar bahagian belakang bot suspek dan berjaya memintas serta menahannya,” katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah Satu, Batu Uban, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim dan Komander PPM SAC Shamsol Kassim.

Mohd Yusri berkata pemeriksaan terhadap bot fiber itu menemukan 113.776 kilogram dadah disyaki methamphetamine (syabu) yang dibungkus menggunakan bungkusan teh Cina dan disembunyikan di dalam kompartmen khas di bahagian hadapan bot.

Selain itu, beliau berkata polis turut merampas 3,497 kartrij rokok elektronik (vape) mengandungi cecair pelbagai perisa disyaki methamphetamine seberat 6.3 kilogram.

“Rampasan syabu dianggarkan bernilai RM5.69 juta, manakala cecair dadah di dalam kartrij vape dianggarkan bernilai RM315,000. Kita turut merampas sebuah bot fiber yang dipercayai digunakan sebagai pengangkutan sindiket, menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot itu dianggarkan RM6.12 juta,” katanya.

Mohd Yusri berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 51 tahun itu dipercayai bertindak sebagai transporter laut yang membawa bekalan dadah dari Malaysia ke Indonesia menggunakan bot fiber tempatan.

 
Back
Top
Log in Register