BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPM Johor Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 700,000 Benih Udang Karang Ke Singapura

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
80f4d372ffe3d55b4cebe8e0b9d11fae69ec62632517d

Kredit: Polis Marin

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas hampir 700,000 benih udang karang bernilai kira-kira RM13.4 juta yang cuba diseludup ke Singapura melalui jalan laut di Tanjung Belungkor, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Noor Azman Jamal berkata rampasan dibuat pegawai dan anggota Unit Risikan Marin Johor dengan kerjasama Jabatan Perikanan negeri yang menerima maklumat aktiviti itu, pada 6.30 petang.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas lori Isuzu di sebuah jeti haram menemukan benih udang karang disimpan dalam kotak gabus putih di bahagian belakang kenderaan itu.

“Pemeriksaan menemukan 124 kotak gabus putih mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi benih udang karang dianggarkan berjumlah kira-kira 671,600 ekor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga pekerja lelaki tempatan berusia 31 hingga 57 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran mengeksport yang sah.

Tangkapan dan barang rampasan termasuk lori dibawa ke pejabat Jabatan Perikanan Johor untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Perikanan 1985.

 
Back
Top
Log in Register