combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ops Kenderaan Perdagangan: 235 Pemandu Jalani Saringan Air Kencing
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion (kanan) melakukan pemeriksaan terhadap pemandu kenderaan dagangan menerusi Ops Khas Bersepadu Dadah Kenderaan Dagangan 2026 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka hari ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu melakukan saringan air kencing terhadap 235 pemandu pelbagai jenis kenderaan pada Ops Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan di negeri ini bermula 1 Jan hingga hari ini.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata 12 pemandu berusia antara 35 hingga 45 tahun ditahan selepas didapati positif dadah, lima daripada mereka merupakan pemandu kenderaan perdagangan, manakala tujuh lagi pemandu pelbagai jenis kenderaan.
“Dalam operasi hari ini, 24 pemandu kenderaan perdagangan menjalani ujian saringan air kencing, namun tiada pemandu didapati positif dadah,” katanya pada Ops Khas Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan Tahun 2026 di kawasan Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini, hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan operasi itu dibuat berikutan peningkatan jumlah kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya.
Mohd Zamri berkata Kementerian Pengangkutan turut mengarahkan tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemandu mematuhi undang-undang serta bebas daripada pengaruh dadah ketika memandu.
Mohd Zamri berkata operasi secara bersepadu bersama agensi strategik seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Puspakom serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
"Tiada kompromi akan diberikan terhadap pemandu yang didapati berada di bawah pengaruh dadah atau melakukan kesalahan yang boleh mengancam nyawa pengguna raya," katanya.
Mohd Zamri berkata operasi itu turut menumpukan terhadap kesalahan-kesalahan lain seperti kesalahan teknikal dan kesalahan lalu lintas melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).