BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPPO Reno7

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Benar, OPPO Reno kini kembali lagi walaupun Mei lalu siri OPPO Reno6 baru sahaja dilancarkan. Kali ini, siri OPPO Reno7 pula bakal diperkenalkan pada 25 November dan dilihat fokus utama adalah semestinya kamera. Terdapat laporan mengatakan tiga model dilancarkan nanti yang merangkumi Reno7 SE, Reno7 dan Reno7 Pro di mana model SE menggantikan model Pro+ seperti mana pendahulunya.

Berdasarkan ura-ura, Reno7 SE dilengkapi skrin 6.43 inci E3 AMOLED FHD+ bersama kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 920 dengan padanan 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB UFS 2.2. Dari segi fotografi, kamera utamanya mungkin tampil dengan 64MP OV64B. Digandingkan bersama 8MP Sony IMX355 dan 2MP bagi lensa potret. Manakala lensa swafoto pula 32MP.

Reno7.jpeg


Bagi OPPO Reno7, telefon ini mungkin hadir dengan paparan 6.5 inci OLED FHD+ 90Hz, cip MediaTek Dimensity 1200, RAM sehingga 12GB, storan dalaman hingga 256GB, bateri 4500mAh dan pengecasan 65W. Kamera sedikit naik taraf dengan tetapan tiga lensa - 50MP Sony IMX766 utama, 16MP Sony IMX481 ultra lebar dan 2MP potret serta 32MP swafoto. Sementara model tertinggi, Reno7 Pro dikatakan mempunyai skrin melengkung 6.5 inci OLED FHD+ 120Hz, cip janaan Snapdragon 888, 8/12GB LPDDR5 RAM, storan UFS 3.1 256/512GB, 4500mAh bateri dan 65W pengecasan pantas.

Bahagian belakang, terdapat lensa utama 50MP Samsung GN5, 64MP OV64B ultra lebar dan 13MP telefoto daripada Samsung. Manakala lensa hadapan 32MP. Harga jualan dianggarkan bermula 2699 yuan (~RM1770) bagi model Reno7 SE dan menjangkau hingga 4299 yuan (~RM2819) untuk model Pro.

Sumber asal OPPO Weibo
 
Oppo Reno7 - Snapdragon 778G, Reno7 Pro Pula Guna Dimensity 1200-Max

Siri Oppo 7
akan dilancarkan di China pada 25 November hadapan. Rekaannya juga telah diperlihatkan selepas ia dimuat-naik di laman web rasmi Oppo China. Siri berkenaan juga dijangka hadir dalam tiga model berbeza iaitu Oppo Reno7, Oppo Reno7 Pro dan Oppo Reno7 SE.

Oppo-Reno7-China-02-950x535.jpg.webp


Terbaharu, kewujudan untuk dua model berkenaan telah disahkan apabila ia dilihat tersenarai di kedai atas talian di China, JD.com. Peranti yang dimaksudkan adalah Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro. Pada masa sama, sebahagian spesifikasi pada kedua-dua peranti turut telah diperlihatkan.

Oppo-Reno7-Snapdragon-778G-edited.jpg.webp


Oppo Reno7 akan dilengkapi cip Snapdragon 778G dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Ia juga akan dilengkapi binaan yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.59mm. Di samping, bateri sebesar 4500mAh.

Oppo Reno7 Pro pula akan dijana oleh cip MediaTek Dimensity 1200-Max dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Seperti Oppo Reno7, kapasiti bateri untuk versi pro juga adalah 4,500mAh. Turut melengkapinya adalah sokongan pengecasan pantas 65W.

Oppo-Reno7-Pro-MediaTek-Dimensity-1200-950x844.jpg.webp


Apa yang tinggal, hanyalah persoalan mengenai Oppo Reno7 SE. Buat masa ini, peranti ini tidak pula ditemui tersenarai menerusi laman berkenaan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk perkembangan lebih lanjut mengenai peranti-peranti ini.

Sumber asal JD.Com
 
Siri OPPO Reno7 Dah Rasmi, Ada 3 Model Untuk Dipilih

OPPO Reno6 baru saja dilancarkan Mei lalu namun sudah menjadi kelaziman bagi pengeluar dari China untuk mengeluarkan model baru hanya selepas beberapa bulan dirasmikan. Terkini, OPPO secara rasmi telah memperkenal tiga model baru untuk siri baru mereka, OPPO Reno7. Tiga model tersebut ialah OPPO Reno7, OPPO Reno7 Pro, OPPO Reno SE.

OPPO Reno7
dijana Snapdragon 778G bersama storan sehingga 256GB dan RAM sehingga 12GB. Paparannya pula AMOLED FHD+ dengan kadar segaran 90Hz dalam saiz skrin 6.43 inci. Ia menyokong pengecasan pantas 65W. Kamera utamanya 64MP, ultra lebar 8MP dan sensor tambahan 2MP serta kamera swafoto 32MP.

oppo-reno7-pro-2.jpeg


OPPO Reno7 Pro pula dikuasakan Mediatek Dimensity 1200 MAX, storan sehingga 256GB dan RAM sehingga 12GB. Dengan bezel yang lebih kecil, ia mampunyai skrin AMOLED FHD+sebesar 6.55 inci dengan kadar segaran 90Hz. Baterinya sebesar 4,500 mAh dan sama menyokong pengecasan pantas 65W. Ia turut mempunyai tetapan tiga kamera - 50MP Sony IMX766, 8MP ultra lebar dan 2MP kamera makro serta kamera swafoto pula 32MP.

oppo-reno7-se.jpeg


OPPO Reno7 SE didatangkan dengan MediaTek Dimensity 900 bersama storan 256GB dan RAM sebesar 8GB. Paparannya pula AMOLED FHD+ dengan 90Hz bersaiz 6.43 inci. Ia dilengkapi bateri sebesar 4,500 mAh namun hanya menyokong pengecasan pantas sehingga 33W. Selain itu, ia juga datang dalam tetapan tiga kamera iaitu 48MP dan dua kamera 2MP serta 16MP untuk kamera swafoto.

Harga Reno7 5G bermula dari CNY 2,699 (~RM1790) untuk 8GB+128GB. Oppo Reno7 Pro versi 8GB+256GB dijual pada harga CNY 3,699 (~RM2,460) dan versi 12GB+256GB ialah CNY 3,999 (~RM2,655). OPPO Reno7 SE versi 8GB+128GB dijual dengan harga CNY2,199 (~RM1500) dan versi 8GB+256GB pada CNY2,399 (~RM1590).​
 
OPPO Reno7 Pro Bakal Jadi Model Reno Paling Nipis, Di Lancarkan 4 Februari Kelak

OPPO kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri Reno7 mereka yang terbaharu pada 4 Februari. Dijangka akan ada 2 model utama dalam siri ini iaitu Reno7 biasa serta Reno7 Pro. Siri Reno7 ini akan membawakan rekaan baharu OPPO Glow Design dengan menyertakan teknologi Laser Direct Imaging. Ia membolehkan panel kaca belakangnya menjadi kemasan matte pada masa yang sama masih lagi berkilat.

Reno7 Pro juga masih lagi dilengkapi dengan sisi aluminium rata yang sama seperti Reno6 sbelum ini. Menurut OPPO, Reno7 Pro akan menjadi telefon Reno paling nipis dengan ketebalan 7.45mm dan hanya seberat 180g. OPPO belum lagi mendedahkan spesifikasi rasmi siri Reno7. Namun ura-ura awal mengatakan siri Reno7 ini lebih kurang sama sahaja dengan Reno6 sebelum ini kecuali pada bahagian sistem kamera yang lebih berkuasa.​

1643083867871.png

Sumber asal https://www.gizmochina.com/2022/01/...-the-narrowest-bezels-in-any-reno-phone-ever/
 
IMG_9718-min.jpg



Siri OPPO Reno7 sebelum ini telah pun dilancarkan di China Disember 2021 lalu. Untuk pengguna di Malaysia, usah gusar memandangkan siri ini turut akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kami di Wiser telah berkesempatan untuk bermain-main dengan 2 telefon dalam siri ini iaitu Reno7 serta Reno7 Pro. Tetapi buat masa ini kami belum boleh berkongsi kepada umum spesifikasi kedua-dua telefon. Apa yang kami boleh kongsikan adalah rekaan dan juga sampel gambar mereka. Pun begitu, jangan risau akan tetap ada ulasan penuh dari kami mengenai kedua-dua telefon selesai pelancaran rasminya tidak lama lagi.

IMG_9687-min.jpg


OPPO Reno7 Pro​



OPPO Reno7 Pro adalah merupakan varian premium dalam siri Reno7. Baik dari segi bahan binaan dan juga rupawan, ia menyerlahkan sisi status bangsawannya dalam siri Reno terbaharu itu.

IMG_9691-min.jpg


Tahun ini, Reno7 Pro menggunakan rekaan yang boleh dikatakan serba baharu dengan sisi rata serta modul kamera berbeza dari Reno6 Pro tahun lepas. Jika diikutkan pada siri Reno6 tahun lepas pun sudah ada rekaan sisi rata, namun ia tidak disertakan pada Reno6 Pro, sebaliknya Reno6 biasa sahaja.

Dengan sisi rata bersama-sama binaan aluminium dan panel kaca, Reno7 Pro terasa premium di tangan ditambah lagi dengan profil telefon yang nipis dan ringan.

20220216_120308-min.jpg


Melalui warna Startrails Black Reno7 Pro yang kami terima, sekilas pandang ia dilihat sebagai kesinambungan kemasan warna yang terdapat pada Reno6 dan Reno6 Z tahun lepas.

Kemasan ini mempunyai kerlipan bintang dengan efek spotlight yang juga mempunyai sentuhan matte. Sesungguhnya tidak dinafikan ia memang lawa dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Panel belakang ini juga sebenarnya langsung tidak menampakkan cap jari memberikan pengalaman menyentuh tanpa risau kotoran serta minyak yang ada pada jari pengguna.

20220216_120411-min.jpg


Pada bahagian bawah, terdapatnya teks OPPO yang direka seperti ukiran memperlihatkan kontras antara teks dan juga permukaan kawasan lain.

20220216_120500-min.jpg


Bahagian modul kamera Reno7 Pro juga mempunyai 'nafas' baharu. Ia kini direka lebih berani dengan ruang modul kamera lebih petak dan juga besar berbanding siri Reno6 tahun lepas.

20220216_120627-min.jpg


Namun, apa yang lebih menarik adalah kali ini Reno7 Pro ada muslihat menarik tersembunyi.

Pada lingkaran modul kamera, ia sebenarnya mempunyai ciri pencahayaan yang digelar oleh OPPO sebagai breathing light.



MVI_9699.00_01_24_00.Still001.jpg


MVI_9699.00_01_15_15.Still002.jpg



Hanya bertujuan sebagai estatik dan tidak ubah seperti pencahayaan RGB pada telefon gaming, ciri ini menyala secara lalai apabila pengguna mengecas telefon pintar. Namun, pengguna juga mempunyai pilihan untuk turut menghidupkannya apabila menerima notifikasi, menerima panggilan, dan juga membuka permainan.


Screenshot_2022-02-16-16-54-19-64_fc704e6b13c4fb26bf5e411f75da84f2.jpg


Cumanya, berlainan dengan telefon gaming, Breathing Light ini hanya mempunyai warna biru sahaja dan pengguna tiada pilihan untuk menukar kepada warna lain.

Kesimpulannya, seperti mana generasi-generasi Reno sebelum ini, tema aestatik telah menjadi kekuatan utama telefon. OPPO tahu mereka sememangnya berbakat dalam menghasilkan telefon yang kemas dan cantik. Dengan Reno7 Pro, pengenalan ciri Breathing Light ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kekuatan tema aestatik mereka.

IMG_9695-min.jpg


OPPO Reno7​


Variasi lebih 'kecil', namun masih bernaung dalam siri yang sama, Reno7 adalah model lebih mampu milik untuk pilihan pengguna.

IMG_9693-min.jpg


Pada Reno7 sebenarnya OPPO menggunakan pendekatan berbeza dengan Reno7 Pro.

Yang mana besi/kaca diganti plastik, yang mana rata diganti lengkung. Memang kenalah dengan nama 'mampu milik', Reno7 hanya menggunakan binaan plastik baik bingkai sisi mahupun panel belakang. Tiada sudah sisi rata sebaliknya alur lengkung tradisional yang sering dilihat pada kebanyakan telefon.

20220216_121239-min.jpg


Namun begitu, OPPO masih mahukan unsur 'lawa' mereka tetap wujud pada Reno7.

Walau plastik meliputi, dihambur juga garis-garis serong dengan gradien warna pelangi memeriahkan panel belakangnya.

Saya jika diikutkan bukanlah penggemar kemasan warna pelangi secara umum kerana rata-ratanya menjolok mata. Namun Reno7 ini mempunyai warna pelangi yang lembut dan tidak terlalu menonjol. Ringkas kata, "just nice".

20220216_121402-min.jpg




20220216_121311-min.jpg



Unsur adik-beradik turut ditiru daripada Reno7 Pro melalui modul kamera yang besar dan petak. Namun sudah namanya model bukan utama, tiada ciri Breathing Light di sini. Yang itu hanya khusus untuk abang besar sahaja.

Keseluruhan, Reno7 masih lagi merupakan telefon yang cantik dan menawan. Cumanya, binaan plastiknya mungkin ada yang memandang enteng berikutan hanay telefon bajet sahaja yang menggunakan bahan binaan sebegini. Mudahnya, jika mahukan telefon cantik namun rendah bajet, Reno7 mampu penuhi keinginan anda.

Sampel Gambar OPPO Reno7 Pro dan Reno7​



OPPO Reno7 Pro


IMG20220215151757-min.jpg


Kamera Utama


IMG20220215153936-min.jpg


Kamera Utama
......................​



IMG20220215153907-min.jpg


Zum 2x

.........................


IMG20220215210929-min.jpg


Mod Malam
........................

IMG20220215220833-min.jpg


Mod Malam

.......................

IMG20220216120842-min.jpg


Swafoto

...................

IMG20220215212103-min.jpg


Bokeh Flare Portrait

IMG20220215220731-min.jpg


Bokeh Flare Portrait

IMG20220216121844-min.jpg


Sudut Lebar

OPPO Reno7


IMG20220215151754-min.jpg


Kamera Utama

IMG20220215153936-min.jpg


Kamera Utama

IMG20220215153911-min.jpg


Zum 2x

...................

IMG20220215210924-min.jpg


Mod Malam
................

IMG20220215220833-1-min.jpg


Mod Malam
.................

IMG20220216120901-min.jpg


Swafoto
.....................

IMG20220215212136-min.jpg


Bokeh Flare Portrait


IMG20220215220749-min.jpg


Bokeh Flare Portrait

IMG20220216121902-min.jpg


Sudut Lebar
...............

Rumusan​



20220216_123258-min.jpg


Begitulah sahaja perkongsian tentang OPPO Reno7 dan Reno7 Pro. Menurut wakil dari OPPO, hanya 2 model ini sahaja yang akan menerpa pengguna di sini berbanding 3 model di pasaran China. Demikian nantikan ulasan penuh mengenai kedua-duanya nanti dari kami.
 
Digi-x-OPPO-Reno-7.jpg


Digi telah mengumumkan pra tempah untuk siri OPPO Reno 7 (OPPO Reno 7 dan OPPO Reno 7 Pro) melalui program pemilikan telefon Digi Phone Freedom 365 (PF365) bermula dari 22 Februari 2022 hingga 4 Mac 2022.

Siri OPPO Reno 7 ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM45 sebulan dan jimat sehingga RM1,463. Dengan setiap pembelian OPPO Reno 7 ini juga, anda akan menerima 85GB internet berkelajuan tinggi.

Melalui pra tempah OPPO Reno 7 ini juga, anda layak menerima hadiah percuma seperti OPPO Enco Buds (RM159), OPPO Reno Bag (RM109), OPPO Care 1 Year, Perlindungan Kerosakan Skrin (RM139) dan keistimewaan ahli OPPO yang bernilai sehingga RM999.

Pra tempah OPPO Reno 7 ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dengan melayari laman web Digi atau Digi Store Online (DSO).

Selain itu, anda juga boleh terus walk-in ke kedai Digi seluruh negara bermula 5 Mac 2022 untuk pembelian peranti siri OPPO Reno7.
 
OPPO | Siri Reno7 5G Jadi ’Pakar Potret’, Penuhi Permintaan Pengguna

Kebanyakan pengguna telefon pintar masa kini mementingkan fungsi kamera yang berupaya menghasilkan gambar dan video dengan paparan lebih nyata.

Justeru, Oppo menampilkan siri Reno7 5G yang turut digelar ’pakar potret’, bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan spesifikasi premium dan terkini.

 
OPPO Reno7 Z Di Lancarkan, Ada Ciri Pencahayaan Seperti Reno7 Pro

OPPO Reno7 5G dan Reno7 Pro 5G telah pun dilancarkan beberapa hari lalu di Malaysia. Kini, OPPO melancarkan peranti baharu pula menerusi Reno7 Z 5G di Thailand yang mana menggunakan rekaan yang hampir sama tetapi spesifikasi berbeza berbeza. Sebagai sebuah peranti permulaan untuk siri Reno7, ini adalah spesifikasi yang ditawarkan;

OPPO Reno7 Z 5G
  • Cipset: Snapdragon 695
  • Skrin: 6.43 inci AMOLED FHD+, kadar segar semula 60Hz, kadar input sentuh 180Hz
  • Kamera: 64MP utama, 2MP monokrom, 2MP makro dan 16MP swafoto
  • Storan: 8GB RAM+ 128GB storan UFS2.2
  • Bateri: 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W
Tidak seperti siri model Reno7 yang lain, Reno7 Z ini tidak dikuasakan oleh MediaTek tetapi oleh Snapdragon 695 5G. Seperti nama cip ini, kita sudah tahu yang ia menyokong fungsi 5G.

oppo-reno7-z.jpg


Seterusnya, skrin bersaiz 6.43 inci jenis AMOLED dengan resolusi FHD+, cukup baik untuk penghasilan warna yang lebih vibran namun peranti ini hanya menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja. Turut disertakan pengimbas cap jari dibawah skrin untuk pengesanan biometrik.

Dilengkapi dengan sistem 3 kamera, 64MP lensa utama, monokrom dan makro masing-masing menggunakan lensa 2MP dan pada bahagian depan pula terdapat lensa 16MP yang ditempatkan pada bucu atas kiri skrin.

oppo-reno7-z-2.jpg

oppo-reno7-z-1.jpg


Apa yang menarik untuk Reno7 Z ini adalah ia mempunyai ciri pencahayaan pada bahagian kameranya seperti yang terdapat pada Reno7 Pro 5G.

Bateri yang dimuatkan adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. OPPO Reno7 Z 5G ini ini adakan ditawarkan dalam 1 varian saha iaitu 8GB+128GB storan dengan 2 pilihan warna iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black.

oppo-reno7-z-3.jpg


Sumber asal GizmoChina
 
OPPO Reno7 Z Di Lancarkan, Ada Ciri Pencahayaan Seperti Reno7 Pro

OPPO Reno7 5G dan Reno7 Pro 5G telah pun dilancarkan beberapa hari lalu di Malaysia. Kini, OPPO melancarkan peranti baharu pula menerusi Reno7 Z 5G di Thailand yang mana menggunakan rekaan yang hampir sama tetapi spesifikasi berbeza berbeza. Sebagai sebuah peranti permulaan untuk siri Reno7, ini adalah spesifikasi yang ditawarkan;

OPPO Reno7 Z 5G
  • Cipset: Snapdragon 695
  • Skrin: 6.43 inci AMOLED FHD+, kadar segar semula 60Hz, kadar input sentuh 180Hz
  • Kamera: 64MP utama, 2MP monokrom, 2MP makro dan 16MP swafoto
  • Storan: 8GB RAM+ 128GB storan UFS2.2
  • Bateri: 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W
Tidak seperti siri model Reno7 yang lain, Reno7 Z ini tidak dikuasakan oleh MediaTek tetapi oleh Snapdragon 695 5G. Seperti nama cip ini, kita sudah tahu yang ia menyokong fungsi 5G.

oppo-reno7-z.jpg


Seterusnya, skrin bersaiz 6.43 inci jenis AMOLED dengan resolusi FHD+, cukup baik untuk penghasilan warna yang lebih vibran namun peranti ini hanya menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja. Turut disertakan pengimbas cap jari dibawah skrin untuk pengesanan biometrik.

Dilengkapi dengan sistem 3 kamera, 64MP lensa utama, monokrom dan makro masing-masing menggunakan lensa 2MP dan pada bahagian depan pula terdapat lensa 16MP yang ditempatkan pada bucu atas kiri skrin.

oppo-reno7-z-2.jpg

oppo-reno7-z-1.jpg


Apa yang menarik untuk Reno7 Z ini adalah ia mempunyai ciri pencahayaan pada bahagian kameranya seperti yang terdapat pada Reno7 Pro 5G.

Bateri yang dimuatkan adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. OPPO Reno7 Z 5G ini ini adakan ditawarkan dalam 1 varian saha iaitu 8GB+128GB storan dengan 2 pilihan warna iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black.

oppo-reno7-z-3.jpg


Sumber asal GizmoChina

Ni mantap dari Vivo X70 Pro ke bang
 
Ni mantap dari Vivo X70 Pro ke bang

X70 lagi powerful dari Reno7 ni :)

Kelebihan X70 Pro
  • Kamera belakang mempunyai zoom optik 5x
  • Kadar penyegaran paparan yang lebih tinggi 120 Hz
  • Penstabilan imej optik
  • Rakaman gerak perlahan pada 960FPS
  • Menggunakan jenis memori yang lebih pantas: LPDDR5 2750 MHz
  • Menyampaikan kecerahan maksimum 8% lebih tinggi (985 berbanding 915 nits)
  • Kamera menghadap hadapan boleh merakam video pada 4K
  • Mempunyai port inframerah terbina dalam

Kelebihan Reno7 Pro
  • Pembesar suara stereo
  • Menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos
  • 13% lebih pantas dalam ujian GeekBench 5 teras tunggal: 990 dan 875 mata
 
Back
Top
Log in Register