BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPPO Reno7

X70 lagi powerful dari Reno7 ni :)

Kelebihan X70 Pro
  • Kamera belakang mempunyai zoom optik 5x
  • Kadar penyegaran paparan yang lebih tinggi 120 Hz
  • Penstabilan imej optik
  • Rakaman gerak perlahan pada 960FPS
  • Menggunakan jenis memori yang lebih pantas: LPDDR5 2750 MHz
  • Menyampaikan kecerahan maksimum 8% lebih tinggi (985 berbanding 915 nits)
  • Kamera menghadap hadapan boleh merakam video pada 4K
  • Mempunyai port inframerah terbina dalam

Kelebihan Reno7 Pro
  • Pembesar suara stereo
  • Menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos
  • 13% lebih pantas dalam ujian GeekBench 5 teras tunggal: 990 dan 875 mata

Saya pakai Vivo X60 pun dah cukup best dah rasa
Night mode camera nya cantik
Jelas
 
IMG_9687-min.jpg



Minggu lalu, siri OPPO Reno7 telah pun dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia. Bersempena dengannya, OPPO Malaysia bakal mengadakan jerayawara peranti tersebut bermula 5 Mac hingga 6 Mac di Sunway Pyramid yang mana 100 pembeli terawal akan menerima hadiah OPPO Watch Free.

Bukan itu sahaja, jika anda terlepas pra-tempah tempoh hari atau tidak berkesempatan untuk menyertai jerayawara tersebut, OPPO turut menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1267 buat pembeli.



Artikel Berkaitan

  • OPPO Dijangka Akan Melancarkan Telefon Gaming

  • Find X3 Akan Dilancar Minggu Hadapan, Telefon OPPO Pertama Dengan Snapdragon 888

  • OPPO Menawarkan OPPO Watch Dan OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather Dalam Satu Kotak

  • OPPO Reno5 F Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

  • Selepas realme MagDart, OPPO Akan Tampil Dengan MagVOOC

  • OPPO Reno7 Akan Diperkenalkan Pada 25 November Ini

  • ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO

  • OPPO Akan Lancarkan Find X3 Dengan Snapdragon 888 Awal Tahun Hadapan

  • OPPO Rasmi Beri Petunjuk Smart TV Dengan Paparan Terapung

  • Ini Adalah Beberapa Teknologi Kamera Baharu OPPO


OPPO-Reno7-First-Sale-roadshow.jpg.jpg


Tempoh pembelian dengan hadiah percuma itu bakal berlangsung pada 5 Mac ini hingga 13 Mac depan.

Antara hadiah tersebut adalah termasuk TWS Enco Buds dan beg Reno. Bagi ahli My OPPO pula, anda dapat ganjaran bernilai RM999 untuk tiket pulang percuma Malaysia Airlines dan tiket percuma ke Taman Tema Genting SkyWorlds serta banyak lagi sekiranya anda membeli peranti tersebut.

Imbas kembali, siri OPPO Reno7 menawarkan pengalaman fotografi serta rekaan yang menarik buat peminatnya. Anda boleh baca ulasan kami di SINI.
 
Oppo Reno7 Z 5G Kini Rasmi Di Malaysia - Berharga RM1699

Barisan peranti pintar di bawah siri Oppo Reno7 untuk pasaran Malaysia hari ini dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Oppo Reno7 Z telah diumumkan dan lengkap dengan rangkaian 5G terbina menerusi janaan Snapdragon 695. Sama seperti beberapa model sedia ada, ia turut sama memberi tumpuan terhadap kebolehan penggambaran potret yang menarik.

Bagi yang berminat, Oppo Reno7 Z 5G ditawarkan pada harga RM1,699 dengan beberapa pilihan warna sepertI Cosmic Black dan Rainbow Spectrum. Sesi pratempah dibuka bermula hari ini – 1 April 2022 dengan penawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM233. Ianya terdiri dengan beg galas Reno (RM109) dan potongan 50% untuk Oppo Enco Air2 dengan promosi pembelian dengan pembelian (PWP).


Di samping itu, 100 pelanggan terawal yang membuat pembelian menerusi Shopee bermula hari ini – 10 April 2022 pula layak untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM129. Bukan itu sahaja, ia turut sama melayakkan anda untuk menyertai sesi cabutan bertuah bagi merebut hadiah bernilai sehingga RM2,526 – yang terdiri dengan Oppo Reno7 Z 5G, Oppo Enco Air2 dan banyak lagi.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Reno7 Z 5G dilengkapi skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan 33W. Sistem tri-kamera utama yang digunakan terdiri dengan gabungan sensor 64MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP.

Bersama-sama dengannya, sistem lampu Dual Orbit Light seumpama yang terdapat pada Oppo Reno7 Pro turut disokong oleh peranti. Lain-lain spesifikasi yang disertakan termasuklah sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menggunakan Android 12 dengan pelancar ColorOS 12.
1648548953052.png


1648548967806.png
 
Back
Top
Log in Register