BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Oppo Reno14 Akan Hadir Dengan Rekaan Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Oppo telah melancarkan siri Reno13 pada awal Januari lalu, dan kini hanya beberapa bulan berlalu penggantinya bakal tiba. Dikenali sebagai Oppo Reno 14, peranti ini masih mengekalkan ciri reka bentuk sama seperti pendahulunya tetapi hadir dengan beberapa kemas kini yang berbeza.
OPPO-Reno-14-D-688x1280.jpg.webp

Walaupun belum dapat dipastikan sama ada model ini adalah versi standard atau pro, namun bonggol kameranya telah direka semula dengan dua bonggol utama yang disusun secara menegak. Selain itu, terdapat satu lagi bonggol kecil bersebelahan yang menempatkan satu sensor, LED Flash, dan satu lagi elemen pencahayaan yang menyerupai Aura Light seperti yang terdapat pada peranti beberapa vivo.
OPPO-Reno-14-C.jpg.webp

Reka bentuk peranti ini sepenuhnya rata termasuk bahagian belakang, sisi, dan skrin hadapan. Skrin hadapan pula mempunyai lubang kamera serta bezel yang seimbang digunakan untuk paparan yang lebih kemas dan moden.​
 
Ini Adalah Rekaan Oppo Reno14 Pro 5G Untuk Pasaran Malaysia

Oppo
sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran peranti terbaharu mereka Reno14 Pro yang bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Meneruskan tradisi reka bentuk elegan seperti model sebelumnya, peranti ini menggabungkan elemen moden dan teknologi terkini yang menjadikannya pilihan seimbang antara fungsi dan gaya.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-950x534.jpg.webp


Apa Ada Dalam Kotak?

Kotak peranti dilihat masih mengekalkan identiti reka bentuk siri ini dengan warna kelabu berkilat dan penjenamaan bersaiz besar di bahagian hadapan. Di dalamnya, pengguna akan menemui telefon itu sendiri, kabel pengecas USB-A ke USB-C, kepala pengecas, kerangka jernih, pencungkil SIM, dan manual pengguna. Susunannya ringkas tetapi praktikal yang memudahkan pengguna untuk mula menggunakan peranti dengan segera.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-9-950x534.jpg.webp

Rekaan Peranti

Salah satu ciri paling menonjol pada Reno14 Pro ialah kemasan belakangnya yang diinspirasikan daripada ekor ikan duyung. Jika sebelum ini motif rama-rama menjadi pilhan kini Oppo memilih tema ikan duyung yang sinonim dengan keindahan dalam kisah dongeng.

Rekaan ini dikenali sebagai Iridescent Mermaid Design yang memancarkan kilauan pelangi apabila terkena cahaya. Menurut Oppo, selain menarik perhatian, ia turut menyerlahkan semangat generasi muda yang menghargai erti kebebasan, ekspresi diri dan keunikan dalam gaya hidup moden.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-3-950x534.jpg.webp


Oppo memilih warna putih sebagai rona utama, sepadan dengan nama variannya iaitu Opal White. Warna ini menampilkan corak cahaya dan bayang yang berubah-ubah, memberikan rupa yang menarik bergantung pada sudut pandangan. Sebagai alternatif, terdapat juga pilihan Titanium Grey yang hadir dengan tona kelabu gelap dan sentuhan moden yang kemas.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-4-950x534.jpg.webp


Modul kamera Reno14 Pro turut direka semula dengan kesan cahaya berkilau di sekeliling lensa untuk memberikan rupa yang lebih kemas. Susun atur modul kamera Reno14 Pro hampir sama seperti model Reno13 Pro sebelum ini, dengan tambahan satu bonggol kecil di dalam bonggol kamera besar, serta sedikit perubahan pada kedudukan LED Flash.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-2-950x534.jpg.webp


Dengan ketebalan hanya 7.48 milimeter dan berat 201 gram, telefon ini boleh dianggap antara yang paling nipis dan ringan dalam kelasnya. Ia mudah digenggam dan selesa digunakan sepanjang hari, walaupun saiznya sedikit melebar berbanding model terdahulu.

Skrin hadapan mengekalkan reka bentuk berlubang di tengah seperti model terdahulu, dengan paparan penuh yang mesra pengguna. Bahagian sisinya dibulatkan untuk memberi keselesaan semasa dipegang, manakala bezel nipis yang seimbang di keempat-empat sisi menyerlahkan rekaan yang kemas dan seimbang

OPPO-Reno14-Pro-Edited-7-950x534.jpg.webp


Susun atur butang Reno14 Pro kekal seperti biasa, dengan butang kuasa dan kawalan audio di sebelah kanan, manakala bahagian kiri kosong. Di atas terdapat pemancar inframerah dan mikrofon, sementara di bawah pula terletak port USB-C, ruang SIM dan pembesar suara.

Semua komponen ini disusun dengan kemas dan mudah dicapai. Ketiadaan bicu audio 3.5mm tidak lagi mengejutkan kerana ia telah lama tidak disertakan sejak model Reno5. Namun, kehadiran pemancar inframerah di bahagian atas tetap menambah fungsi tambahan yang berguna.

OPPO-Reno14-Pro-Edited-5-950x534.jpg.webp
OPPO-Reno14-Pro-Edited-6-950x534.jpg.webp


Reno14 Pro hadir dengan tiga penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 dan IP69. Ini membolehkannya bertahan dalam pelbagai situasi seperti tumpahan air, terjatuh ke dalam kolam, atau terdedah kepada tekanan air panas. Port USB turut dilapisi dengan platinum bagi memberikan perlindungan tambahan terhadap hakisan. Bagi aspek keselamatan, peranti menyokong pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan pengecaman wajah.
 
Back
Top
Log in Register