BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Infinix Malaysia Mengacah Kehadiran SMART 10 Plus Dengan Rekaan Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Infinix Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar mampu milik terbaharu mereka, iaitu SMART 10. Berbeza dengan model sebelumnya, siri ini turut hadir dengan varian Plus seperti yang didedahkan dalam beberapa video promosi rasmi. Perkongsian tersebut turut memperlihatkan reka bentuk peranti dalam empat pilihan warna seperti putih, hitam, biru dan merah. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi dalaman masih belum diketahui.

Infinix-SMART-10-Plus-A-1-950x535.jpg.webp


Selain itu, SMART 10 Plus dilihat memiliki modul kamera yang unik. Modul ini direka secara mendatar dan memuatkan dua bonggol kamera bersama LED Flash di dalamnya. Reka bentuk ini jelas berbeza daripada Smart 9, yang sebelum ini menampilkan modul kamera berbentuk persegi. Peranti ini juga pernah tersenarai dalam pensijilan SIRIM sebelum ini bersama satu lagi model iaitu SMART 10. Nantikan kemas kini baharu daripada Infinix untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini.​
 
Siri Infinix SMART 10 Di Jual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM299

Infinix SMART 10
kini rasmi di Malaysia dengan dua model berbeza. Model standard dijual pada harga RM299 (3/64GB) dengan memori 3GB RAM dan storan 64GB. Infinix SMART 10 Plus pula ditawarkan pada harga bermula RM349 (4/128GB) untuk versi standard, manakala versi NFC berharga RM399 (8/128GB). Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membeli melalui pengedar sah Infinix Malaysia.

Infinix-SMART-10-KV-950x534.jpg.webp


Infinix SMART 10 dan SMART 10 Plus berkongsi spesifikasi dalaman yang sama, termasuk skrin 6.67-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kedua-duanya dijana oleh cip Unisoc T7250 yang kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Infinix-SMART-10-Plus-KV-950x534.jpg.webp


Sistem kamera pula menampilkan kamera utama 8MP + AI serta kamera swafoto 8MP. Perbezaan utama antara kedua model ini terletak pada kapasiti bateri dan kadar pengecasan. SMART 10 Plus hadir dengan bateri 6000mAh dan pengecasan 18W, manakala SMART 10 menawarkan bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W.​
 
Back
Top
Log in Register