BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News OPPO Find X9 Ultra Di Katakan Akan Hadir Dengan Sistem Kamera Dwi-Periskop, Sensor 200MP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
OPPO dijangka akan memperkenalkan peranti mercu terbaru mereka, iaitu OPPO Find X9, yang akan juga merangkumi model paling berkuasa mereka, iaitu OPPO Find X9 Ultra. Terkini, beberapa butiran menarik mengenai peranti Ultra tersebut telah dilaporkan tertiris ke arena internet. OPPO Find X9 Ultra dikatakan akan hadir dengan sistem kamera dwi-periskop seperti model OPPO Find X8 Ultra sebelumnya, yang menggunakan gabungan kamera 200MP dan 50MP dengan gabungan cip sensor Samsung ISOCELL HP5 dan ISOCELL JN5.

Oppo-Find-X8-Ultra-B-950x535.jpg.webp


Dalam pada itu, oleh kerana OPPO Find X8 Ultra dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite, jangkaannya ialah model Find X9 Ultra juga akan dikuasakan oleh cip pemprosesan paling berkuasa akan datang oleh mereka, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Elite 2. Butiran-butiran yang tertiris ini hadir melalui Digital Chat Station di Weibo, dan tidak mengejutkan sekiranya ia adalah benar. Mereka juga mengatakan bahawa peranti OPPO Find X9 asas akan dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9500.​
 
Back
Top
Log in Register