BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Bas Ekspres Aeroline Digantung Bermula 6 Nov Hingga 5 Dis - APAD

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
11e8bbe91027a4b9e9630a4096ee34bd5fb60e806559f


Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengesahkan operasi perkhidmatan bas ekspres Aeroline, digantung selama sebulan bermula 6 Nov hingga 5 Dis ini.

APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan itu dilaksanakan susulan syarikat bas ekspres milik Zulco Sdn Bhd tersebut, didapati menyalahgunakan lesen bas ekspres dengan mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi tidak dibenarkan.

Bas kendalian syarikat tersebut turut dikesan beroperasi di luar terminal tanpa kebenaran APAD pada 3 Feb, 21 Mei dan 10 Okt lepas.

“APAD ingin menegaskan bahawa penggantungan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan syarikat ini dilaksanakan di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Awam Darat 201, kerana syarikat gagal mematuhi syarat lesen yang ditetapkan, khususnya di bawah Perkara 16 dan Perkara 19, Syarat Am Keperluan Tahap Perkhidmatan Bas Ekspres,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen pada 21 Okt, memutuskan syarikat itu bersalah atas kesalahan berulang dan mengenakan penggantungan Lesen Pengendali selama 30 hari.

Sehubungan itu, Zulco Sdn Bhd tidak dibenarkan mengendalikan mana-mana perkhidmatan di bawah Lesen Pengendali berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

“Tindakan ini bertujuan menjamin keselamatan penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar, serta menyokong usaha pihak berkuasa tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak berkuasa tempatan, untuk mewujudkan persekitaran bandar yang teratur, selamat dan efisien.

“APAD turut mengambil keputusan untuk menggantung sementara lesen syarikat bas ini setelah mengenal pasti beberapa isu pelanggaran syarat lesen yang berulang dan memerlukan tindakan pembetulan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan APAD itu memaklumkan syarikat berkenaan sebelum ini dinasihatkan dan diberi amaran untuk menukar permit perkhidmatan ke terminal yang diluluskan, namun enggan berbuat demikian.

 
Ambik dan turunkan penumpang bukan tempat yg diluluskan ke ? maksudnya bukan dekat stesyen bas ?
 
Ambik dan turunkan penumpang bukan tempat yg diluluskan ke ? maksudnya bukan dekat stesyen bas ?
Dah lama dah aeroline ni amek dan turun penumpang bukan di stesen bas,kalau di kl sunway pyramid,one utama dan corrus hotel,kalau di penang dkt queensbay mall.
 
Dah lama dah aeroline ni amek dan turun penumpang bukan di stesen bas,kalau di kl sunway pyramid,one utama dan corrus hotel,kalau di penang dkt queensbay mall.
OOo kena masukkan la kot dlm list apad tempat yg mereka ambik dan turunkan penumpang. Mungkin boleh mohon tambahan tempat tu.
 
OOo kena masukkan la kot dlm list apad tempat yg mereka ambik dan turunkan penumpang. Mungkin boleh mohon tambahan tempat tu.
Tapi mungkin skrgni apad dah tetapkan semua bas ekspress kena amek dan turun penumpang di stesen bas yg dah disediakan la kot.
 
Back
Top
Log in Register