BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Op Tapis: 413 Individu Ditahan, Dadah Bernilai RM87,660 Dirampas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
01e96b347b0410dd760f14121a5f3c8b68f1e61d71e05

a1f6efd58b6e7278a3f195e903ac2d8e68f1e39047027

Polis menahan 413 individu dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Okt lepas bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Perak. 

Timbalan Ketua Polis Perak SAC Mohammad Azlin Sadari berkata dalam operasi itu pelbagai jenis dadah  dirampas dan operasi itu melibatkan 270 anggota termasuk 28 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerjasama tujuh anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Tumpuan operasi di kawasan Felda, Felcra, ladang swasta, rumah pangsa, dan jeti nelayan yang dikenal pasti sebagai lokasi penagihan.

"Daripada jumlah tangkapan, 53 individu disiasat atas kesalahan mengedar, 128 memiliki dadah, 224 disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tiga lagi ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM87,660 merangkumi 13.7 kilogram (kg) ganja, 2.6 kg heroin, 92.76 gram syabu, 0.004 liter cecair syabu, 3.11 gram ketamin, 89 pil Erimin 5, 35 pil Yaba, 2,000 gram daun ketum dan 22.2 liter cecair ketum.

Selain itu, pihaknya turut menyita empat motosikal, sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM24,871.

Beliau berkata selain warga tempatan, sembilan warga asing dari kemboja, dua dari Thailand, manakala masing-masing seorang dari Indonesia, Nepal dan China turut ditahan.

Dalam operasi itu, pihaknya turut berjaya menahan dua lelaki dan merampas 13.6 kg ganja bernilai RM37,700 di Taiping selain menemukan 2.3 kg heroin dan 0.6 gram syabu bernilai RM22,917 selepas menahan seorang lelaki di Batu Gajah.

Back
Top
Log in Register