BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Op Tapis: 221 Individu Ditahan, Dadah Lebih RM120,000 Dirampas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis menahan 221 individu termasuk 15 wanita dan tiga warga asing sepanjang Op Tapis Narkotik yang dijalankan di daerah ini bermula awal bulan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 3,163.55 gram dadah disyaki syabu bernilai RM120,214.90 turut dirampas sepanjang operasi selama sebulan itu.

Beliau berkata sebanyak 256 kertas siasatan dibuka manakala 246 kes telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Polis mengalu-alukan orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata maklumat berkenaan boleh disalurkan dengan menghubungi talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman 012-2087222 dan 017-59292211 (JSJN Sarawak).

 
Back
Top
Log in Register