BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ong ramal BN-PN menang: Fahmi balas pengundi tentukan bukan nujum

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Ong ramal BN-PN menang: Fahmi balas pengundi tentukan bukan nujum​

a4ffa2263a6ef239fea449197e57514e.jpg

ed69246233bd752b065ea1974daf6809.jpg

3aa2b36e8a9f4d3e3dbc91aa8cd1a9a0.png


Keputusan pilihan raya terletak di tangan pengundi, bukannya penganalisis atau ramalan politik semata-mata, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kenyataan beberapa pihak yang memberi jangkaan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 adalah cabaran bagi calon dalam memenangi kerusi ditandingi.

“Yang akan memenangkan mana-mana calon ataupun mana-mana parti dalam pilihan raya adalah pada akhirnya ialah pengundi yang keluar mengundi, bukannya kajian atau (tilikan) nujum... jadi, kita lihat kenyataan individu seperti Dr Ong Kian Ming sebagai cabaran untuk diri sendiri.

“Untuk calon-calon, kita kena terus menyantuni dan mendekati pengundi terutama pengundi atas pagar untuk meyakinkan mereka, merayu untuk mereka memberikan undi kepada PH,” katanya pada program minum petang bersama-sama komuniti di Felda Bukit Rokan Barat di Jempol hari ini.

Ketua Penerangan PKR itu berkata demikian ketika mengulas ramalan Ong, yang juga bekas Ahli Parlimen Bangi, berhubung potensi saingan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, turut memberi contoh pengalaman peribadinya pada Pilihan Raya Umum ke-14, yang menyaksikan semua kajian awal meramalkan beliau bakal tewas di Parlimen Lembah Pantai namun keputusan akhir adalah sebaliknya.

Selain itu, beliau berkata sentimen sokongan terutama dalam kalangan pengundi atas pagar di Negeri Sembilan menunjukkan trend yang positif buat PH dan menyerahkan sepenuhnya kuasa untuk memilih wakil rakyat kepada pengundi, Sabtu ini.

BACA BERKAITAN:

ULASAN | BN-PN dijangka menang, PH bertahan di kerusi sengit

Katanya, maklum balas yang diterima daripada pengundi menunjukkan penghargaan tinggi terhadap pelbagai bantuan kerajaan negeri seperti insentif perniagaan usahawan, bantuan pasangan baharu berkahwin, kelengkapan komputer riba pelajar serta tawaran baharu manifesto PH yang merangkumi elaun khas untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan pengundi agar sentiasa berwaspada dengan penyebaran berita palsu dan fitnah di platform media sosial terutama aplikasi WhatsApp ketika fasa akhir kempen yang hanya berbaki tiga hari.

Beliau berkata pihak tidak bertanggungjawab dijangka mengambil kesempatan untuk menabur pelbagai maklumat tidak tepat, kenyataan separuh benar mahupun video lama yang dikitar semula bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka dalam kalangan rakyat.

Fahmi berkata banyak maklumat yang mungkin hanya diambil separuh daripada kenyataan penuh, rakaman video ataupun video lama yang dikitar semula.

“Beliau berkata sebagai contoh, pada minggu lepas, video lama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Ketua Pembangkang telah disebarkan seolah-olah beliau mengeluarkan kenyataan tidak baik terhadap tentera.

"Oleh itu, saya minta semua pihak, para pengundi terutamanya, untuk sentiasa berwaspada.

“Sekiranya tidak nampak berita itu dilaporkan dalam media arus perdana seperti Berita Harian, TV3, RTM, Bernama, Awani dan saluran rasmi, kita perlu berhati-hati," katanya.

- Bernama

 
Fahmi radiator ni xnk terima hakikat yg keadaan PH sekarang ni ibarat keadaan BN di hujung pemerintahan DSNR, pengundi atas pagar mmg x akan terima lg apa jua penerangan kerajaan, biarpun perkara tersebut benar.
 
Kasi cantas spesis pokok yg menyemak dlm negara jgn biar tumbuh liar lg...
 
Ramal result pru tak semestinya nujum
Orang tgk trend, data, respon interview, questionnaire
Bodoh jugak si fahmi ni
 
Fahmi radiator ni xnk terima hakikat yg keadaan PH sekarang ni ibarat keadaan BN di hujung pemerintahan DSNR, pengundi atas pagar mmg x akan terima lg apa jua penerangan kerajaan, biarpun perkara tersebut benar.
Org atas pagar ni dulu serik kot rasany byk sgt bagi harapan pelsu dan yg byk bagi mng PH ni dulu pun org atas pagar. PH janji mcm-mcm dulu, bila jadi kerajaan idea BN UMNO jugak dia recycle.

kalau yg penyokong tegar PH tu tak blh cakap apa lah.
 
Back
Top
Log in Register