BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKU dianggap wira keluarga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Afiq melakonkan semula cara dia berlari sambil mendukung Aisya ketika kejadian kebakaran petang Sabtu lalu, yang turut memusnahkan rumah keluarganya di Kampung Sungai Rengas.
< 1 / 2 >
KUALA TERENGGANU – Seorang remaja kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun boleh dianggap sebagai wira apabila sanggup meredah api untuk menyelamatkan anak saudaranya berusia tujuh bulan, dalam satu kejadian kebakaran mengakibatkan dua buah rumah di Kampung Sungai Rengas, di sini, Sabtu lalu.

Muhammad Afiq Haikal Ahmad yang berada di tempat kejadian sempat berfikir tentang anak saudaranya, Tengku Noraisya Tengku Fairro yang sedang nyenyak tidur di dalam rumahnya, dan berlari sambil mendukung bayi berkenaan ke tempat selamat.

Menurut bapa Afiq, Ahmad Salleh, 63, berkata, ketika kejadian, ahli keluarga lain sedang berada di luar rumah dan mereka ternampak api menyala dari rumah adiknya, Baharuddin Mohamed, 47.

“Masa tu saya bersama beberapa ahli keluarga lain pergi menjenguk ke rumah ini (Baharuddin) bimbang kalau ada orang di dalam tetapi tidak ada orang di rumah. Kemudian api sambar rumah saya pula.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya pun tidak pasti bila Afiq masuk ke dalam rumah ambil Aisya yang sedang tidur dalam buaian kerana masa itu hanya dia (Aisya) yang berada di dalam rumah,” ceritanya kepada Sinar Harian ketika menerima kunjungan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Kampung Sungai Rengas, di sini.

Tindakan anak bongsu daripada 11 beradik itu amat dihargai terutama kakak Afiq, Suzilawati, 34, kerana menyelamatkan anak keduanya.

Bagaimanapun, kebakaran dua buah rumah yang didiami 19 ahli keluarga itu disifatkan sebagai amat menyedihkan kerana berlaku beberapa hari sebelum Ramadan.

'Biarlah kami beraya di rumah jiran, ini ujian kami'

Bagi Baharuddin pula, dia bersama tujuh lagi ahli keluarga kini menumpang di rumah jirannya dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang hari raya, malah bersyukur dengan apa yang ada.

“Biarlah kami beraya di rumah jiran. Mungkin ini ujian buat kami semua walaupun agak terkilan kerana kami tinggal sehelai sepinggang.

“Masa kejadian saya tiada di rumah kerana bekerja di Chendering dan apabila sampai, semuanya telah hangus terbakar termasuk dokumen-dokumen penting seperti geran tanah, kad pengenalan, kad bank dan banyak lagi. Sekarang pun kami pakai baju-baju yang disedekahkan orang ramai,” katanya.

Maidam lulus peruntukan bina rumah

Sementara itu, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan lain akan membantu dua keluarga itu terutama meluluskan peruntukan membina rumah.

“Kita (Maidam) boleh lulus RM42,000 untuk seunit rumah, tetapi tengok dulu macam mana, insya-ALLAH boleh uruskan secepat mungkin.

“Maidam juga mengalu-alukan kerjasama daripada agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantu keluarga ini apa yang perlu supaya mereka dapat tinggal dalam keadaan lebih selesa selepas ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register