ok, kita dah ada 3 cadangan utk en Murad (si penyimpan 10% pendapatan yg mahu memaksimakan saving dari pendapatan dia)
sape yg nak tambah utk cadangan tu, boleh tambah lagi...takde masalah. nanti saya masukkan kat muka hadapan tu.:">
utk kes 2 - Kes en Mahmud
saya letak nombor2x ni utk kita memudahkan kiraan sahaja...tuan-puan pembaca, silalah gunakan kemahiran matematik + - x / utk mengira mengikut angka angka tuan tuan sendiri ya(tak susah..cuma tukarkan je angka angka tu..kalau ada kemahuan, mesti ada jalan dia insya allah)
ok kita bermula...
En Mahmud
Gaji - 2000 sebulan
Perbelanjaan - 2000 juga sebulan (kira pendapatan = perbelanjaan)- ni dah termasuk lah ni loan kereta,sewa rumah,bil api air, makan minum etc.
Utang kad kredit ada dalam RM5k (ape dia buat entah..joli sakan pastu lupa bayar kottt)
simpanan = 0
jadi macam mana dia boleh mula menyimpan kalau tiap tiap bulan duit dia abis bayar perbelanjaan harian dia saja + utang kad kredit yg asyik bayar minimummmmm aje?
kes ni saya kira kurang berat lah.....sbab masih ada jalan, tak perlu pergi ke AKDK lagi!.
ni cadangan saya: Yg terbaik - pergilah mengaji dengan cikgu-cikgu OD kerana feel belajar dengan cikgu depan mata amatlah berlainan berbanding dengan baca sahaja. Ramai berkata, ilmu boleh dapat free dalam internet- belajar fx ikut internet,belajar kewangan ikut tenet je...tapi percayalah... cikgu tiada galang ganti dengan internet...cikgu yg baik dikenang orang! budi yg baik dibawa mati!
tapi saya terangkan serba sedikit yg saya tahulah ye disini...kawan kawan lain boleh tegur dan tambah kalau ada kurang n silap.
1. Ambil loan (personal loan)..ambillah loan yg seolah olah en Mahmud membayar kad kredit tu bulan bulan..katakan sebulan bayar kredit kad tu je dah RM 260. Jadi, en Mahmud boleh la amik loan yg bernilai 20K @ 5.5% selama 10 tahun dari Bank Rakyat ke (contoh aje ni)
2. Masukkan semua duit tu ke dalam ASB
3. Buat sijil dari ASB tu (dah ada sijil ASB 20k)
4. Buat OD dari bank (95% x 20K = RM 19,000)
5. Bayar semua hutang kad kredit tu guna duit OD. Rm 19K - RM 5k, maka duit OD yg tinggal adalah RM 14K sahaja.
sampai step ni,
maka dah selesailah hutang kad kredit anda.
langkah seterusnya;nak mula ada simpanan la kan? - macam mana?
1. kena pakai kad kredit utk belanja bayar bil,loan kereta etc (mana yg boleh). Katakan statement date kad kredit korang 1hb setiap bulan, due date 20hb kena bayar, kalau tak kena denda.
Maka korang boleh pakai kad kredit tu utk bayar bil bil tu mulai 2hb-10 hb saje - alah, nak bayar semua bil..1 hari je kan..online banking. katakan semua bil bil ni berjumlah RM1k
2. bila Due date Kad Kredit 20hb, bayar semua (RM1k) tu guna duit OD. jangan tinggal 1sen pun utang dah.
2. Gaji en Mahmud masuk pada 25hb setiap bulan - masukkan semua gaji ni kedalam OD akaun. jgn tinggal 1 sen pun.
3. belanja runcit - yg tak boleh pakai kad kredit amik daripada duit OD
4. Tiap tiap bulan, 1hb..keluarkan duit OD dalam 20-30%, bawak simpan dalam ASB.
5. cukup tahun, dapat dividen ASB, masukkan semua dividen tu ke dalam akaun OD...
en Mahmud ulang lah langkah langkah ni semula sampai la utang personal loan en Mahmud tu habis.
kebaikan dan keburukan, pantang larang yg perlu diikut..harap kawan kawan dapat tunjuk. sapa yg ada template utk kiraan ni pun, boleh la tempek kat sini kalau ada.