BTC USD 80,639.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ODASB -> Basic Investment -> Metal Investment -> Chart Study

OK saya mula
dengan kes ini utk kita sama sama kupas kaedah terbaik utk dilaksanakan oleh En Murad (bukan nama sebenar)

Kes 1 :
En Murad adalah seorang pekerja di jabatan kerajaan. Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai tahap kewangan semasa En Murad

Simpanan di dalam bank : 100K (utk memudahkan kiraan)
Gaji dia bersih lepas tolak EPF/LHDN/SOCSO etc – RM 3000
Perbelanjaan bulanan - kereta/bayaran rumah/grocery/minyak kereta etc - RM 2500
Simpanan yg dibuat sebulan - RM 300 (10% daripada gaji bersih dia)
Hutang kredit kad - 0 - clear tiap tiap bulan - dia guna kad kredit utk isi minyak,beli barang kat jusco etc...kalau boleh bayar kereta ngn bulanan rumah pakai kad kredit pun dia nak pakai..sbab dia nak kumpul mata ganjaran hehe

dia dah belajar OD basic dan dengar macam macam style orang buat OD buleh dapat macam macam, jadi dia nak la jugak buat OD dengan objektif berikut:

1. Dia nak cepat penuhkan ASB dia – dari 100k ke 200k dalam masa tersingkat – kalau ikut rule biasa – 11 thn la 100k nak jadi 200k tanpa simpan se sen pun @8% setahun. Dia nak buat cepat lagi......7 tahun ke 8 tahun ke??

2. Dia nak menyimpan kalau boleh 100% dari pendapatan dia skarang – skarang dia simpan RM300 je. Kalau leh dia nak simpan 3000 sbulan tapi tanpa perlu menukar life style dia skarang.
Jadi, macam mana cara / skill yang boleh dia gunakan? Boleh tak (sape sape yg tahu caranya) senaraikan step by step?

Kalau ikut cara yg saya belajar - dari Forum dan dari cikgu;
1. buat sijil ASB - jadikan ASB100k dia ke sijil
2. buat OD - dapat dalam 95K
3. masuk duit gaji semua dalam OD bila dapat gaji
4. belanja guna kad kredit – mana yg boleh (bayar bil,sewa umah,kereta,belanja
dapur etc) – pendek kata perbelanjaan biasa bulanan la...
5. bila cukup haul,bayar penuh kad kredit guna duit OD
6. keluarkan 30% dari gaji yg masuk di OD ke ASB – dalam 1000 la sbulan kan ???
7. lagi ????
?


minta bantuan kawan kawan otai otai sifu sifu, kita cerita di dalam ni, utk menolong en Murad kita ni mencapai tahap simpanan 100% dari income dia dan kawan kawan lain yg mungkin situasi macam En Murad kita ni. utk manfaat bersama. :)cgrock:)paid

saya kurang jelas disini...
Gaji En.Murad RM3000 sebulan...
Perbelanjaan bulanan RM2500 sebulan...
Lebihan yg boleh digunakan RM3000 - RM2500 = RM500 sebulan...
Simpanan sebulan RM300 sebulan...
Kemana pergi lagi RM200...
 
bergantung kepada bank dan branch, sebab.. aku buat TL ASB di RHB branch taipan senawang dia bagi option nak amik skali dgn insuran ke x... tapi my wife TL ASB dgn cimb branch ampangan x beri apa2 pilihan.. terpaksa amik insuran.

so, kalu nak senang jom aku kenalkan dgn my personal banker, xyah amik insuran utk TL.



hehehe... jangan salah anggap bos.. en.murad masih belum menggunakan pendapatan bulanan untuk menyimpan, teknik tadi tu.. menggunakan duit bank bayar TL ASB... bro, tlg bgtau kpd en.murad tu.. itu baru 1 contoh je, kalu dah modal dia besau2 gitu.. bukan stakat 100%, kalu sanggup 500% pun bley bikin. tapi utk ilmu ini kena ngadap grand master sifu la...

hehe, en murad tu adalah watak rekaan je 1seremban (tak payah le ber bos bos)
err...saya yakin ada orang yg baru nak masuk 30an or below 30 ni yg ada modal besar gitu dalam CG ni.
kalau tak keberatan, boleh 1seremban tokok tambah sikit idea utk menjadikan simpanan tu 100-200% pendapatan sebulan...the step by step dia.

Ini lah yg kita mahukan - perbincangan secara sihat. Tahniah warga CG.
p/s - Tuan moderator tak mahu letak button 'thanks' kat thread saving investment ni ke? ramai yg berbudi disini tau e.g cikgu ahmad,dan raaaamaaaaiiii lagi. Tangan gatal nak tekan thanks tapi takde butangnya!
 
oooo ok,saya mudahkan jadi macam ni ek (supaya senang orang baca)
1. Duit 100k (sijil ASB) jadikan ke OD (di RHB) - 95K
2. Keluarkan semua duit OD tu, masuk ke ASB semula - total skarang dah 195K
3. Duit yg ada dalam ASB(buku) - 95K jadikan sijil semula
4. bawak sijil 95K tu ke BSN dan buat personal loan @ 5.4%
5. Duit personal loan ni masukkan semula ke dalam OD tadi
6. Start rolling duit OD ni seperti biasa.

apa yg saya nampak - utang kena bayar -
1. interest OD & bayaran bulanan BSN
2. kita ada 2 sijil ASB (1 bernilai 100k dipegang RHB & 1 bernilai 95K dipegang oleh BSN)

Dengan andaian duit dari BSN tu dapat 90K aje @5.4%;10 tahun (kita cagar 95K),sebulan kita kena bayar kepada BSN dalam RM 1155.xx
kaedah ini saya nampak praktikal
terima kasih marvelous (takde butang thanks nak tekan huhu):)cgrock


yg aku highlight tu..personal loan utk yg keje government je kan?
bagaimana bg yg keje sendiri/swasta? boleh ke dpt rate % cam tu?:D
klu rate % tinggi dr tu..payah gak nak manipulate..ye tak?
 
Last edited:
saya kurang jelas disini...
Gaji En.Murad RM3000 sebulan...
Perbelanjaan bulanan RM2500 sebulan...
Lebihan yg boleh digunakan RM3000 - RM2500 = RM500 sebulan...
Simpanan sebulan RM300 sebulan...
Kemana pergi lagi RM200...

typo error! wachaa..
thanks cdan bagi nampak...arigato gozaimas...
akan dibuat pembetulan...:D
 
yg aku highlight tu..personal loan utk yg keje government je kan?
bagaimana bg yg keje sendiri/swasta? boleh ke dpt rate % cam tu?:D
klu rate % tinggi dr tu..payah gak nak manipulate..ye tak?

entah..saya takde wat personal loan, jadi tak tau le. Ia adalah saranan yg diberi oleh 1seremban. Mungkin Mie boleh gi check sendiri dengan BSN utk kepastian.:)paid

p/s - sedangkan OD yg interest dia kita andaikan 6.5% tu pun boleh dimanipulate, lagikan pulak yg 5.4-6%.....hmmmm keep wondering..tapi jangan fikir punya fikir, sampai tak pi mana-mana. Pi Mai Pi Mai Tang tu jugak hehe.
 
lagi..lagi..suka la baca ni...tengah tunggu yg pendapatan=belanja...kalu lih yang dah wat loan tp still xde simpanan..camne ek...heheheh
 
ASAS No WAHID

Asas kewangan no wahid(no.1):
Pendapatan mestilah lebih tinggi dari perbelanjaan.

kalau kita tak boleh buat yg no. 1 ni, orang kata 'o o ...you re in trouble.'
Tapi dengan adanya tool kewangan seperti OD/ASB ni...boleh membantu kita kelandasan yg betul semula. Cuma utk yg ada masalah kewangan tu, kena lakar semula perjalanan aliran kewangan, buat mana yg patut...yg tu akan dikupas dalam bentuk langkah demi langkah disini...langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan seterusnya.

untuk permulaan ni, kita teruskan dulu dengan masalah en Murad ni dulu. Dah dapat penyelesaian utk memaksimakan duit dia nanti(stakat ni dah ada 2 cadangan bernas yg menggunakan OPM), kita buka kes en Mahmud pula (kes pendapatan=perbelanjaan, saving 0, macam mana dia nak ada saving?)

ok kita teruskan dulu dengan kes en Murad kita.

p/s - ini bukan iklan, tapi saya suka membaca blog yg baru saya temui ni..samsuddinkadir.com. Benar benar mengujakan...(p/s - saya juga bukanlah samsuddinkadir :)) )
 
Thread ni juga bukanlah untuk mengatasi nasihat yg diberikan oleh CFA (certified financial adviser)
Thread ni cuma utk kita berkongsi kaedah yg diguna pakai dalam memaksimakan kewangan peribadi masing masing.

Kalau tanya saya sendiri, saya juga seperti encik Murad..simpan 10% pendapatan (pendapatan tetap & sampingan). Dan dengan nasihat/cadangan kawan kawan dalam thread ni..saya nampak ada dimensi baru utk saya maksimakan pendapatan yg saya perolehi tu, yang sebelum ni saya cuma nampak jalan menyimpan dengan 10% itu sahaja.

Jadi, thread ni adalah utk kita buka pemikiran kita - step by step utk kearah yg lebih cemerlang (dalam konteks ni kewangan)
 
Pendapatan tetap & Pendapatan Sampingan

Banyak orang - pendapatan tetap (dengan makan gaji)
tapi oleh kerana gaji tak cukup(kena tanya diri sendiri kenapa tak cukup), maka kerja sampingan dilakukan.

Kita sama sama cuba ubah kehidupan sebegitu. Pendapatan Tetap (gaji - mesti kasi cukup utk perbelanjaan keluarga kita)

Pendapatan sampingan - adalah salah satu tools utk kita capai tahap kewangan impian kita, selain simpanan bulanan kita.

ingat tu - Pendapatan Sampingan - Tools tambahan utk ke arah tahap kewangan yg kita impikan, bukan utk tampung perbelanjaan bulanan kita.

utk yg belum terperangkap dengan masalah kewangan, tahniah:)cgrock - teruskan dengan gaya hidup tak terkepit dengan masalah kewangan.hidup dalam lingkungan dan cuba maksimakan simpanan wang anda

utk yg dah terhimpit dengan masalah wang - juga tahniah:)cgrock, kerana kita disini utk membantu, mana-mana yg boleh melalu cadangan dan idea yg kalau pembaca rasa praktikal - boleh la ikut (omputih kata EMULATE!):D:)cgrock - dah lepas masalah tu esok esok hari, boleh buat doa selamat dimasjid / mula membantu yg susah di kawasan anda.
 
Gaji En.Murad RM3000 sebulan...
Perbelanjaan bulanan RM2500 sebulan...
Lebihan yg boleh digunakan RM3000 - RM2500 = RM500 sebulan...

Sijil ASB En.Murad RM100,000...
OD 95% dari RM100,000 = RM95,000
Intrest OD 4.55% x RM95,000 = RM4322.50 setahun = RM360.25 sebulan
Bayaran int + pokok RM500 x 12 bulan = RM6000 setahun
Dividen ASB 8% x RM195,000 = RM15,600
Cuma RM5000 sahaja dari dividen dapat dimasukkan dlm akaun ASB En Murad

Ada lebihan RM10,600, En Murad pergi ke Overseas Union Bank (OUB)
En Murad membeli 3 keping Maple Leaf Gold Coin RM3508 x 3 = RM10,524
Wang berbaki RM76 digunakan untuk isi petrol, bayar parking dan belanja kawannya makan minum.

En Murad juga tahu pelaburan emas memberi pulangan 25% setahun
En Murad juga tahu Maple Leaf adalah menawarkan harga dan spread yang rendah sekitar 3%
Dividen ASB yang akan datang juga En Murad akan menambah pelaburannya dengan emas

maple_leave_gold_coin.jpg

Inilah rupa Maple Leaf yg dibeli oleh En Murad
 
Back
Top
Log in Register