BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OBike - Sepeda Kuning Putih

Hahaha..nyawa pun mudah melayang kat mesia apatah lg objek mati.
 
kat mana2 ada vandalism. jgn sibuk nak burukkan rakyat malaysia la
 
36 unit basikal oBike di Kuala Terengganu dirosakkan

image.jpg


KUALA TERENGGANU 17 Dis. – Sejak diperkenalkan September lalu, Perkhidmatan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen (oBike) di bandar raya ini, hanya sejumlah 36 unit daripada 1,239 unit pe*ngangkutan yang disediakan itu dirosakkan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee membe*ritahu, kadar kerosakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat swasta itu masih pada tahap agak kecil, dan berharap vandalisme ini akan dihentikan.

Katanya, bandar raya ini me*rupakan yang pertama di pantai timur dibekalkan kemudahan itu bagi manfaat orang ramai termasuk pelancong untuk bergerak dalam jarak yang dekat bagi tujuan riadah, kecergasan dan urusan lain.

“Perkhidmatan ini tiada kena dengan kita (kerajaan negeri) yang cuma memberikan tapak (bagi pe*nempatan basikal),” katanya di sini baru-baru ini ketika menjelaskan tanda-tanya umum mengenai perkhidmatan itu.

Menurut beliau, setakat ini kemudahan disediakan di 74 lokasi yang berubah-ubah dengan setiap lokasi menempatkan 10 hingga 15 unit untuk disewa yang buat permulaan cuma RM1 sejam dengan kebanyakan pengguna merupakan golongan muda.

“Bagi menyenangkan pengguna, apabila tamat tempoh masa, pengguna cuma perlu tinggalkan di situ dan petugas syarikat akan mengambilnya untuk ditempatkan semula. Basikal ini tidak boleh dicuri kerana dapat dikesan,” ujarnya.


http://www.utusan.com.my/berita/wil...-terengganu-dirosakkan-1.574815#ixzz51Yt5FyzU
 
Fasiliti kelas pertama. Mentaliti kelas ketiga.
 
teruk betul la. dah tak nak guna pergi rosakan. yang guna pulak tak reti nak letak tempat yang betul. aku tgk bersepah dah basikal ni main tinggal je
 
yang naik Uber Grab pun, driver tak perasan, boleh curi barang kat belakang. asal boleh ambil.
 
36 unit basikal oBike di Kuala Terengganu dirosakkan

image.jpg


KUALA TERENGGANU 17 Dis. – Sejak diperkenalkan September lalu, Perkhidmatan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen (oBike) di bandar raya ini, hanya sejumlah 36 unit daripada 1,239 unit pe*ngangkutan yang disediakan itu dirosakkan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee membe*ritahu, kadar kerosakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat swasta itu masih pada tahap agak kecil, dan berharap vandalisme ini akan dihentikan.

Katanya, bandar raya ini me*rupakan yang pertama di pantai timur dibekalkan kemudahan itu bagi manfaat orang ramai termasuk pelancong untuk bergerak dalam jarak yang dekat bagi tujuan riadah, kecergasan dan urusan lain.

“Perkhidmatan ini tiada kena dengan kita (kerajaan negeri) yang cuma memberikan tapak (bagi pe*nempatan basikal),” katanya di sini baru-baru ini ketika menjelaskan tanda-tanya umum mengenai perkhidmatan itu.

Menurut beliau, setakat ini kemudahan disediakan di 74 lokasi yang berubah-ubah dengan setiap lokasi menempatkan 10 hingga 15 unit untuk disewa yang buat permulaan cuma RM1 sejam dengan kebanyakan pengguna merupakan golongan muda.

“Bagi menyenangkan pengguna, apabila tamat tempoh masa, pengguna cuma perlu tinggalkan di situ dan petugas syarikat akan mengambilnya untuk ditempatkan semula. Basikal ini tidak boleh dicuri kerana dapat dikesan,” ujarnya.


http://www.utusan.com.my/berita/wil...-terengganu-dirosakkan-1.574815#ixzz51Yt5FyzU

kat Terengganu xramai indon bangla..

yang buat tu budak2 melayu rempit yang amat disayangi mak bapak, budak2 maksum tu..
 
Back
Top
Log in Register