cre8tive
Legendary Member

- Messages
- 17,157
- Joined
- Oct 14, 2008
- Messages
- 17,157
- Reaction score
- 622
- Points
- 161
Hahaha..nyawa pun mudah melayang kat mesia apatah lg objek mati.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.










36 unit basikal oBike di Kuala Terengganu dirosakkan
![]()
KUALA TERENGGANU 17 Dis. – Sejak diperkenalkan September lalu, Perkhidmatan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen (oBike) di bandar raya ini, hanya sejumlah 36 unit daripada 1,239 unit pe*ngangkutan yang disediakan itu dirosakkan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee membe*ritahu, kadar kerosakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat swasta itu masih pada tahap agak kecil, dan berharap vandalisme ini akan dihentikan.
Katanya, bandar raya ini me*rupakan yang pertama di pantai timur dibekalkan kemudahan itu bagi manfaat orang ramai termasuk pelancong untuk bergerak dalam jarak yang dekat bagi tujuan riadah, kecergasan dan urusan lain.
“Perkhidmatan ini tiada kena dengan kita (kerajaan negeri) yang cuma memberikan tapak (bagi pe*nempatan basikal),” katanya di sini baru-baru ini ketika menjelaskan tanda-tanya umum mengenai perkhidmatan itu.
Menurut beliau, setakat ini kemudahan disediakan di 74 lokasi yang berubah-ubah dengan setiap lokasi menempatkan 10 hingga 15 unit untuk disewa yang buat permulaan cuma RM1 sejam dengan kebanyakan pengguna merupakan golongan muda.
“Bagi menyenangkan pengguna, apabila tamat tempoh masa, pengguna cuma perlu tinggalkan di situ dan petugas syarikat akan mengambilnya untuk ditempatkan semula. Basikal ini tidak boleh dicuri kerana dapat dikesan,” ujarnya.
http://www.utusan.com.my/berita/wil...-terengganu-dirosakkan-1.574815#ixzz51Yt5FyzU