cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
ya Allah bertimbun timbun basikal rosak, sayangnya..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.







Kegagalan mentaliti membawa kpd kerugian kompeni..ada kemudhan kalau xpandai jaga susah gak..
Twitter Saiful Dzulkifli
![]()






OBike umum hentikan perkhidmatan
OBIKE ada sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan basikal di kawasan terpilih di Lembah Kelang dan IPTA.
Syarikat ini telah membuat pengumuman bahawa syarikat mereka telah memberhentikan perkhidmatan mereka kerana tidak mampu lagi menanggung kos operasi dan masalah paling besar yang mereka hadapi adalah Vandalism terhadap basikal yang terlalu tinggi.
Perkhidmatan seumpama ini sangat popular di negara China dan negara-negara maju, di mana pengguna dapat menyewa perkhidmatan ini dengan menggunakan sistem appkikasi QR CODE dan hanya SCAN kepada basikal seterusnya sejumlah wang sewaan akan di tolak dari akaun pelanggan. Perkhidmatan ini sangat bagus dan berkesan di negara seperti saya sebutkan di atas.
APA PUNCA KEGAGALAN PERKHIDMATAN INI DI MALAYSIA?
Faktor utamanya adalah sikap pengguna di Malaysia. Kita inginkan perkhidmatan bertaraf dunia (world class services ) tetapi kita mempunyai sikap bertaraf negara mundur.
Rakyat Malaysia tidak mengira latar belakang bangsa tidak mempunyai nilai sivik yang tinggi. Kita adalah bangsa yang percayakan wujudnya tuhan (tidak seperti negara China mereka tiada tuhan) dan semua agama mengajar kearah kebaikan. Bangsa Malaysia sentiasa meminta-minta kita kurang mempunyau mentaliti MEMBERI. Bangsa Malaysia tidak menghormati HAK orang lain sebaliknya kita senantiasa berbicara tentang hak kita.
Saya berpendapat bahawa mungkin kita perlukan 61 tahun lagi untuk mengubah sikap rakyat Malaysia kerana sistem pendidikan kita, kerajaan kita dan ketua keluarga kita gagal mendidik sikap masyarakat kita menjadi INSAN yang mempunyai mentaliti bernilai positif.
Dato Zaihal Mu'min
