TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Kuala Lumpur: Penggemar atau peminat aktiviti berbasikal pasti terpegun dengan deretan basikal berwarna kuning serta putih yang disusun rapi di lokasi utama pejalan kaki sekitar ibu kota
Begitu juga dengan penulis yang merasai pengalaman pertama menggunakan perkhidmatan oBike walaupun ia dilancarkan di Malaysia pada April lalu
Penggunaannya sangat mudah dan dalam mencari lokasi basikal, ia hanya menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS), malah serupa dengan perkhidmatan Grab dan Uber
Pertama sekali, penulis perlu memuat turun aplikasi oBike di dalam telefon pintar di Google Playstore atau Apple Appstore
Ternyata memilih basikal sebagai medium perkhidmatan awam untuk jarak dekat khususnya dari stesen transit aliran ringan (LRT) ke tempat kerja sangat mudah, pantas dan berpatutan
Menggunakan perkhidmatan berkenaan pada jam 10 pagi sebelum memasuki pejabat, penulis sangat teruja, tetapi perlu mendaftar menggunakan kad debit atau kredit di dalam aplikasi oBike
Apa yang menarik, penulis hanya menyertakan bayaran deposit sebanyak RM49 sebagai promosi sempena Sukan SEA Kuala Lumpur sehingga 30 September ini berbanding deposit biasa iaitu RM129 yang juga dapat dituntut pada bila-bila masa saja
Malah, hanya dengan memuat naik kad pelajar di dalam aplikasi itu, mereka berhak mendapat harga istimewa iaitu RM19
Bermula di LRT Masjid Jamek, penulis yang sudah mendaftar sebagai ebiker mengambil peluang menaiki basikal itu dengan mencari lokasi basikal yang terletak di sekitar LRT seterusnya mengimbas kod QR yang tertera di bahagian hadapan dan belakang tayar basikal
Sebaik saja kuncinya dibuka dan berbunyi ‘beep’, tanpa berlengah penulis mula mengayuh ke Dataran Merdeka dengan caj RM1 selama 15 minit dan memang keterujaan itu terbukti kerana tidak perlu berjalan atau menaiki kereta memandangkan kawasan dataran ditutup untuk sambutan Hari Kebangsaan
Jika dilihat dari sudut positif, perkhidmatan ini pasti efektif dan memberi nilai tambah kepada seseorang terutama untuk sampai ke lokasi jarak dekat sama ada untuk ke destinasi santai atau tempat kerja
Mereka tidak perlu lagi menunggu lama bagi mendapatkan kenderaan awam ke destinasi yang ingin dituju dan aktiviti berbasikal seperti ini juga bersifat mesra alam sekitar memandangkan ia tidak memberi ancaman pencemaran seperti kebanyakan kenderaan lain di jalan raya yang menggunakan bahan api
Selain itu, penulis juga cuba menaiki oBike yang disediakan di kawasan kampus seperti di Universiti Malaya (UM)
Sejurus meletak kenderaan di kawasan dibenarkan, penulis terus mendapatkan oBike dan mengayuh sekitar kampus serta penggunaannya di kawasan kampus sungguh menyeronokkan dan boleh mengelakkan kesesakan
Bagi penulis, perkhidmatan itu sungguh pasti akan memudahkan kakitangan atau pelajar untuk tidak berebut tempat letak kereta, malah dapat menggalakkan gaya hidup sihat
Namun, sepanjang menikmati pengalaman menaiki oBike ini, penulis merasakan pelbagai aspek perlu dititikberatkan lagi seperti aspek keselamatan kerana ia tidak bersesuaian dengan jalan raya yang berbahaya lagi sesak
Dalam pada itu, basikal yang diletak di kawasan motosikal atau laluan utama pejalan kaki terdedah dengan kegiatan vandalisme daripada individu minda kelas ketiga
http://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/261137/sepeda-kuning-putih
Minda kelas bawah - baru diperkenalkan oBike terus jadi mangsa vandalisme
![]()
Rangka basikal oBike yang dicampak begitu sahaja
![]()
basikal sewa oBike diletakkan pada tempat tidak sepatutnya dan tidak teratur di Jalan Ampang
Kuala Lumpur: Masih belum serik! Itu gambaran yang boleh diberikan kepada segelintir masyarakat apabila kemudahan awam seperti oBike terus menjadi mangsa vandalisme.
Kerosakan yang terdapat pada perkhidmatan basikal berbayar itu membuktikan mentaliti rakyat negara ini masih pada tahap rendah walaupun kemudahan disediakan mencapai kelas pertama.
Selain itu, ia juga menunjukkan rasa tidak bersyukur rakyat dengan pilihan pengangkutan yang mudah, pantas dan berpatutan itu.
Tinjauan Harian Metro di Jalan Ampang, Maluri, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek mendapati basikal milik oBike mendapat perhatian pihak tidak bertanggungjawab apabila ada komponennya dicabut dan dibuang merata-rata.
Basikal yang sepatutnya digunakan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat itu turut tidak diletakkan pada tempat disediakan.
Malah, basikal yang disusun secara kemas dan teratur kelihatan berterabur kemungkinan ditendang individu tidak bertanggungjawab dan paling buruk basikal yang tinggal rangka dicampak begitu saja.
Pengguna tegar perkhidmatan oBike, Azli Samsudin, 35, berkata, vandalisme yang dilakukan itu mengundang masalah kepada orang lain dan dia kecewa dengan apa yang berlaku.
“Apa sudah jadi dengan sikap manusia yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan? Kasihan pada pihak yang menyediakan perkhidmatan itu apabila perlu mengganti basikal rosak dan menanggung belanja tinggi,” katanya.
Bagi pekerja swasta, Erni Mohd Zain, 28, basikal yang menjadi mangsa vandalisme dan diletakkan pada tempat salah mencacatkan pemandangan ibu kota.
“Kita patut berasa malu terhadap pelancong asing apabila mereka terpaksa menghadapi keadaan itu walaupun pada asalnya mahu melihat keindahan dan kecantikan Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan oBike Malaysia, Ian Goh berkata, susulan aduan dan laporan daripada pengguna perkhidmatan itu, pihaknya mengambil tindakan dan menambah baik perkhidmatan oBike untuk memastikan masalah itu tidak berulang.
Katanya, pihaknya mempunyai pasukan peronda khas yang memantau kemudahan basikal berkenaan dan akan mengambil tindakan jika terdapat basikal yang rosak atau hilang.
sumber: https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/12/290653/minda-kelas-bawah
.
Basikal dirosak si tangan gatal
![]()
BASIKAL oBike rosak akibat perbuatan vandalisme dipercayai angkara individu tidak bertanggungjawab di sekitar Jalan Dato Keramat.
Kuala Lumpur: Kemudahan kelas pertama mentaliti tahap ketiga apabila kemudahan pengangkutan, tetapi awam seperti oBike yang bertujuan memudahkan orang ramai untuk ke destinasi masing-masing terutama dalam jarak dekat kini menjadi mangsa vandalisme pihak tertentu hingga mengundang pelbagai masalah lain.
Ironinya, kemudahan pengangkutan itu yang sudah bertapak di bandar raya ini lebih setahun lalu memberi pilihan lain kepada orang ramai untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan menggunakan basikal untuk ke destinasi masing-masing.
Namun, kemudahan berkenaan yang semakin berkembang ke bandar utama mula mendapat ‘perhatian’ tangan gatal apabila mencabut komponen basikal terbabit malah lebih buruk lagi membuang kenderaan di kiri dan kanan jalan hingga mengganggu pejalan kaki.
Tinjauan Harian Metro di Pantai Dalam, Bangsar, Jalan Chow Kit dan Jalan Pasar, di sini, mendapati ada antara basikal berkenaan hanya tinggal rangka manakala turut dibuang begitu saja tanpa diletakkan di tempat yang sudah disediakan.
Antara kawasan yang boleh dilihat kesan vandalisme basikal milik oBike adalah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) apabila kenderaan itu dicampak begitu saja di kawasan berkenaan tanpa diuruskan dengan betul oleh pihak berkaitan.
Seorang penghuni PPR Pantai Dalam, Ismail Abdul Rahmen, 56, berkata, dia sebelum ini ada menegur sekumpulan remaja yang cuba merosakkan basikal terbabit dengan menanggalkan beberapa komponen kenderaan itu.
“Saya tidak berani untuk menegur lebih-lebih kumpulan remaja berkenaan namun selalu nampak mereka bermain dengan basikal berwarna kuning yang digunakan sebagai pengangkutan awam.
“Ada antara basikal dicabut alat sistem penentu kedudukan global (GPS), sekali gus mereka bebas menggunakannya tanpa perlu membayar,” katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Ahmad Bukhari Yusnan, 30, berkata, tindakan susulan perlu diambil oleh pihak berkaitan supaya kemudahan awam itu tidak disalah guna hingga menyusahkan orang ramai.
Katanya, kebanyakan pengguna kemudahan berkenaan meletakkan basikal di merata tempat selain ada antaranya dicampak di tepi jalan kerana mengetahui tiada tindakan bakal dikenakan terhadap mereka.
“Basikal berkenaan sememangnya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk ke destinasi masing-masing terutama di sekitar bandar raya ini tanpa perlu menunggu bas atau teksi.
“Malangnya ia menjadi mangsa vandalisme pihak tertentu yang suka mencuri komponen berkenaan mungkin untuk memperoleh wang,” katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286213/basikal-dirosak-si-tangan-gatal
OBike diletak bersepah-sepah
![]()
Lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.
KUALA LUMPUR – Obike yang bertujuan memudahkan orang ramai telah didapati mendatangkan masalah apabila penggunanya meletakkan ia di mana-mana.
Nanyang Siang Pau melaporkan, lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.
Malangnya, basikal tersebut kadang-kala diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya termasuk di depan kedai sehingga menyukarkan orang berniaga.
Selain itu, ada juga yang merungut apabila Obike yang diletakkan di kaki lima menghalang orang melalui kawasan tersebut.
Antara yang menjadi mangsa ialah orang kurang upaya termasuk pengguna kerusi roda dan mereka yang buta.
Obike yang diletak di tepi jalan raya juga menghalang lalu lintas. Bukan setakat itu, ada juga basikal yang diletak di depan pintu rumah orang lain.
Untuk mengatasi masalah yang berlaku, Obike telah memperkenalkan ganjaran kepada mereka yang melapor pemberhentian basikal di kawasan tidak sepatutnya.
Mereka yang memberi aduan akan mendapat mata ganjaran yang boleh digunakan untuk memakai Obike dengan harga lebih murah.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/10/23/obike-diletak-di-tempat-bukan-bukan/