BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OBike - Sepeda Kuning Putih

aku rasa ok je menda ni. Dia target kat users yg nak gi dekat2 je.
Bos dia mesti dah buat calculated risk. Sama mcm uber/grab dulu.
Ramai gak hentam awal2. X try x tau kan.
 
Bagi saya bahaya bawa basikal dalam bandar KL ni.

Laluan basikal tiada. Kalau nak melintas jalan sangat2 merbahaya.

Lampu merah pun kereta dan motosikal main langgar.

Selalu sangat dengar bunyi hon depan KLCC bila tukar lampu.

Yang hon tu biasanya orang baru atau yang panas hati.
 
OBike diletak bersepah-sepah

obike-681x474.jpeg

Lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.

KUALA LUMPUR – Obike yang bertujuan memudahkan orang ramai telah didapati mendatangkan masalah apabila penggunanya meletakkan ia di mana-mana.

Nanyang Siang Pau melaporkan, lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.

Malangnya, basikal tersebut kadang-kala diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya termasuk di depan kedai sehingga menyukarkan orang berniaga.

Selain itu, ada juga yang merungut apabila Obike yang diletakkan di kaki lima menghalang orang melalui kawasan tersebut.

Antara yang menjadi mangsa ialah orang kurang upaya termasuk pengguna kerusi roda dan mereka yang buta.

Obike yang diletak di tepi jalan raya juga menghalang lalu lintas. Bukan setakat itu, ada juga basikal yang diletak di depan pintu rumah orang lain.

Untuk mengatasi masalah yang berlaku, Obike telah memperkenalkan ganjaran kepada mereka yang melapor pemberhentian basikal di kawasan tidak sepatutnya.

Mereka yang memberi aduan akan mendapat mata ganjaran yang boleh digunakan untuk memakai Obike dengan harga lebih murah.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/10/23/obike-diletak-di-tempat-bukan-bukan/
 
mentaliti pengguna obike juga dipersoalkan; letak di tpt yg tak sepatutnya, takde rasa bertanggungjawab utk jaga obike tu mcm hak sendiri
pastu selfish..
 
slagi rakyat mlaysia bermentaliti kelas ketiga jgn haraplah benda ni nak guna dgn elok.dgn xde laluan basikalnya
 
mentaliti pengguna obike juga dipersoalkan; letak di tpt yg tak sepatutnya, takde rasa bertanggungjawab utk jaga obike tu mcm hak sendiri
pastu selfish..


bila mana org malaysia ni boleh berfikir dgn bijak....kalau tin minuman selamba boleh buang dari kereta..bayangkan la benda lain...guna toilet awam pun dah mencerminkan otak cacat...
 
Back
Top
Log in Register