BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyawa Bibik diragut pagar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


OHOR BAHRU: “Ketika saya cuba mengangkat pagar itu, Bibik masih bernyawa, tetapi beberapa minit kemudian dia diam dan tidak bergerak,” kata Shahrul Hassan, 41, menceritakan insiden amahnya terbunuh akibat dihempap pintu pagar rumah majikannya di Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Oneh, 50-an, tergelincir ketika membersihkan halaman rumah dan memaut pintu pagar bagi mengelakkan terjatuh, namun pagar besi seberat lebih 200 kilogram itu tumbang lalu menghempap kepala serta badannya.

Shahrul berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat.

Sebaik keluar rumah untuk mencari punca bunyi, dia menemui Oneh yang dipanggil Bibik dan bekerja dengan ibu bapanya sejak lebih tiga tahun lalu, berlumuran darah dihempap pintu pagar.


“Saya sedih melihat keadaannya dan tidak banyak yang dapat kami buat untuk menyelamatkannya. Saya juga sebak mengenangkan hasrat Bibik mengerjakan haji tidak tercapai kerana dia pernah memberitahu wang simpanannya sudah mencukupi.


“Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia sebagai takdir Allah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/NyawaBibikdiragutpagar/Article
 
pagar seberat 200kg?? gila besar pagar tuh..tapi camner pagar tuh leh tumbang lak???:-?
 
Dia nak jatuh.. paut pagar tu.. mungkin pagar tu jenis sliding jadi pagar tu ternaik dari railing dia..

tapi 200kg tu.. memang bebetul pagar wrought iron ni..
 
pelik aku... mcm mana lah pagar tu leh tumbang..... baik tak yah pasang pagar...
 
harap kan pagar, pagar makan org. maut dimana mana.
 
Back
Top
Log in Register