BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyaris dculik beruk

MOX

Fun Poster
Messages
328
Joined
Jul 26, 2012
Messages
328
Reaction score
0
Points
10
ALOR GAJAH: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang sedang tidur nyaris disambar tiga beruk yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Taboh Naning, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Waqil Wafi Sahrul Sayuti terselamat apabila neneknya Esah Salim, 63, menyedari kehadiran beruk itu lalu menjerit sekuat hati menyebabkan haiwan berkenaan terkejut lalu melarikan diri.
Menurut Esah, dia terkejut apabila lampu siling tiba-tiba jatuh bersepai ke lantai berhampiran buaian cucu sambil terdengar hentakan kaki di atas bumbung.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan pada masa sama ternampak tangan beruk hendak mencapai cucu saya yang sedang tidur dalam buaian,” katanya yang terus mendapatkan cucunya selepas beruk berkenaan beredar.


Menurutnya, ketika kejadian anaknya, Sahrul Sayuti Zainal, 34, dan menantunya, Norazila Norsobrani, 33, tiada di rumah kerana berkerja.
 
bahaya beruk ni
x pasal2 dia buat bayi tu anak dia
 
beruk nk bergurau jer tu....
 
kalau dia dpt baby tu mati la dia buatmain
dah ada kes dH
 
dia nak tolong dodoikan je tu...budak tu cute sangat kot..tu yg dia geram tu..
 
beruk nk duit tebusan leteww..
 
Back
Top
Log in Register