BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Percikan bunga api masuk kereta nyaris kena muka bayi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14194716107145645-384294.jpg

14194716107145645-384295.jpg

14194716107145645-384296.jpg

14194716107145645-384297.jpg


Percikan bunga api masuk kereta nyaris kena muka bayi



KUALA NERUS: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila percikan bunga api memasuki kenderaan mereka di jambatan angkat di sini, malam Jumaat lalu, mengakibatkan cermin depan kereta pecah.

Rashidi Ihshak, 38, dari Kampung Seberang Takir, berkata percikan bunga api itu terkena tangan kirinya sebelum melantun ke arah cermin kereta.

Jika tidak, ia mungkin terus mengenai muka bayi berusia 18 bulan yang berada di pangkuan isterinya.

Kejadian berlaku ketika Rashidi dan keluarganya dalam perjalanan pulang selepas berbuka puasa dan menunaikan solat di kawasan jambatan angkat.

Pada masa itu, katanya tingkap kereta dibuka dan tiba-tiba percikan bunga api memasuki kenderaan.

“Saya tidak tahu dari arah mana datangnya percikan bunga api itu kerana terlalu ramai individu yang bermain bunga api ketika kejadian itu berlaku,” katanya.

Akibat insiden itu, Rashidi memberhentikan kereta untuk memeriksa keadaan kerana tiga lagi anak mereka yang berusia 4, 8 dan 9 tahun berada di kerusi belakang. Cermin depan kereta rosak, dan nilai kerosakan belum diketahui kerana berlaku pada malam ambang Aidilfitri.

Rashidi berkata dia bersyukur kerana hanya tangan kirinya yang cedera ringan dan keluarga selamat, tetapi menzahirkan rasa kesal terhadap individu yang menjadikan bahu jalan sebagai tempat bermain bunga api.

“Ini dijadikan iktibar agar orang ramai tidak membahayakan nyawa orang lain demi keseronokan sendiri dan memilih lokasi lebih selamat jika ingin bermain bunga api,” katanya.

Rashidi tidak bercadang membuat laporan polis, sebaliknya berharap orang ramai lebih peka terhadap persekitaran ketika bermain bunga api.

Artikel : Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register