BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyaris kena tahan kerana pandu ‘kereta pisang’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Nyaris kena tahan kerana pandu ‘kereta pisang’​

kereta-pisang-ragam.jpeg

Kereta yang diubah suai menyerupai pisang itu diberhentikan oleh MPH di tepi Interstate 90 di negeri Montana baru-baru ini. - MPH

BILLINGS, MONTANA – Seorang lelaki warga Britain diminta berhenti di tepi sebuah lebuh raya di negeri Montana kerana memandu kenderaan diubah suai menyerupai buah pisang, lapor agensi berita United Press International.

Imej dimuat naik di platform Facebook oleh Peronda Lebuhraya Montana (MPH) menunjukkan kenderaan berbentuk pisang itu berhenti di tepi lebuh raya  Interstate 90 dekat  bandar Billings, baru-baru ini.

“Kami sering menahan pemandu yang memandu laju, pemandu tidak fokus dan beberapa kenderaan  ‘luar biasa’ tetapi kali ini memang menonjol. Kereta Pisang Besar ini ditahan dekat  Billings.

“Walaupun ia kelihatan ‘menggoda’, undang-undang lalu lintas masih terpakai untuk buah,” demikian menurut hantaran itu.

Pemandunya, Steve Braithwaite berkata, dia tidak asing dengan sekatan jalan raya.

“Mereka bukan sahaja ingin melihat kereta saya, namun terdapat beberapa kotak yang sebahagiannya menutup nombor pendaftaran kenderaan bertulis ‘SPLIT’,” kata Braithwaite.

Dia dimaklumkan mengenai isu tersebut dan dilepaskan tanpa dikenakan saman. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register