BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna GetGo kini boleh pandu kereta sewa ke Malaysia

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Pengguna GetGo kini boleh pandu kereta sewa ke Malaysia​

getgo_car_cna.jpg

Sebuah kenderaan perkongsian kereta GetGo diletakkan di sebuah estet perumahan. (Gambar: GetGo)

SINGAPURA: Pengguna GetGo kini boleh sewa kereta GetGo di Singapura dan pandu masuk ke Malaysia, menerusi perkhidmatan baharu yang dilancarkan pada Selasa (1 Sep).

Khidmat yang dinamakan "Drive to Malaysia" itu membolehkan pengguna yang layak menempah kenderaan GetGo menerusi aplikasinya dan memandu ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia.

IKLAN

Dalam satu kenyataan media, GetGo menyatakan penyewaan kereta rentas sempadan secara tradisional memerlukan pengguna di Singapura membayar deposit, pergi ke kedai sewa kereta untuk mengambil kenderaan dan kembali ke sana untuk memulangkannya.

Menurut syarikat itu, khidmat baharu tersebut bertujuan menghapuskan halangan berkenaan dan menawarkan pilihan yang kosnya lebih mudah dijangka bagi mereka yang mahu memandu merentasi Tambak.

TIADA CAJ JARAK PERJALANAN, DEPOSIT

Pengguna tidak dikenakan caj berdasarkan jarak perjalanan tanpa mengira sejauh mana mereka memandu dan tidak perlu membayar deposit.

Sebaliknya, bayaran tambahan rentas sempadan sebanyak 30 peratus dikenakan ke atas caj masa, dengan jumlah maksimum bergantung kepada kategori kenderaan dan hari perjalanan.

IKLAN

Bagi kenderaan kategori Select, bayaran tambahan dihadkan kepada S$20 sehari pada hari bekerja dan sehari sebelum cuti umum, serta S$30 sehari pada hujung minggu dan cuti umum.

Bagi kenderaan kategori Plus pula, bayaran tambahan dihadkan kepada S$25 sehari pada hari bekerja dan sehari sebelum cuti umum, serta S$35 sehari pada hujung minggu dan cuti umum.

Tempoh minimum bagi setiap tempahan ialah 12 jam manakala tempoh maksimum ialah lima hari.

Pengguna boleh membuat tempahan sehingga 30 hari lebih awal.

HAMPIR 2,000 NYATA MINAT

IKLAN

Sebelum khidmat itu dilancarkan kepada orang ramai, GetGo menjalankan percubaan "Drive to Malaysia" bersama sekumpulan pengguna sedia ada.

Hampir 2,000 pengguna menyatakan minat untuk menyertai percubaan tersebut dalam tempoh 48 jam selepas permohonan dibuka.

Menurut GetGo, sambutan itu mencerminkan permintaan terhadap pilihan memandu sendiri merentasi sempadan.

Platform perkongsian kereta itu mempunyai lebih 3,000 kenderaan di 1,700 lokasi di Singapura.

 
Back
Top
Log in Register