rissa
Super Active Member
- Messages
- 7,123
- Joined
- May 5, 2007
- Messages
- 7,123
- Reaction score
- 54
- Points
- 75
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
..perghh best....
..er..tang 'turun' tu RASA nya boleh kasi detail lagi...
..dari langit ke langit kataNYA...ekekeke..
..sila2...
p/s: ...aku mencari al-quran bergerak....
.....nurun 'ala nur...




bagus ni....

SESIAPA yang membaca al-Quran akan diberikan pahala mengikut setiap huruf dibacanya. Jika seseorang membaca ayat di permulaan surah al-Baqarah ganjaran pahala diterima adalah mengikut setiap huruf, bukannya berdasarkan jumlah ayat.Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umat Islam supaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.
Baginda juga menggesa sahabat supaya meluangkan masa sebanyak mungkin membaca dan memahami al-Quran. Antaranya baginda menyarankan supaya menghabiskan seluruh kandungan al-Quran dalam masa tiga hari.Umat Islam juga disarankan tidak terlalu lama menghabiskan bacaan al-Quran dan sebaik-baiknya hendaklah dihabiskan dalam masa seminggu.Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:
Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.
Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud.
Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam.
Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas.
Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad.
Malam Rabu, membaca surah surah at-Tanzil hingga surah ar-Rahman.
Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas.
Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat. Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh.Hadis nabi bermaksud: “Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.”