BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Norway tingkat eksport salmon

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Dari kanan, Mealand bersama Chramer di Aeon OneUtama untuk menyokong promosi ikan salmon, semalam.


NORWAY menyasarkan untuk menambah nilai eksport salmon ke Malaysia antara lima hingga 10 peratus atau kepada kira-kira 2,090 tan pada tahun ini berbanding 1,900 tan pada tahun lalu.

Pengarah Serantau Asia Tenggara Majlis Makanan Laut Norway, Christian Chramer berkata, sasaran itu berikutan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia yang mengutamakan kesihatan serta peningkatan permintaan makanan sushi di negara ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia juga mempunyai kuasa belian yang semakin tinggi berbanding dahulu.

“Nilai eksport salmon dari Norway ke Malaysia adalah AS$300 juta (RM960 juta) pada tahun lalu, manakala nilai eksport Norway secara keseluruhannya ialah AS$900 (RM2.88 bilion),” katanya ditemui selepas mengiringi Menteri Perdagangan dan Industri Norway, Monica Maeland melawat Promosi Salmon di pusat membeli-belah Aeon OneUtama di Petaling Jaya, semalam.

Chramer berkata, Norway mengeksport 1.1 juta tan salmon setahun ke 130 negara dan 60 peratus pasaran adalah negara Eropah manakala selebihnya di Asia.

Menurutnya, salmon merupakan makanan laut terbesar yang dieksport iaitu 65 peratus daripada jumlah keseluruhan makanan laut di negara itu.

Sementara itu, Maeland berkata, negara itu akan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan Malaysia pada masa akan datang.

“Kami akan menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dan mengambil peluang yang ada untuk mengeksport produk-produk kami.

“Saya berjumpa dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam, bagi membincangkanmengenai perdagangan dua hala yang akan diadakan," katanya.

Menurut beliau, setakat ini Norway mengeksport minyak dan gas, produk telekomunikasi, produk pertanian dan makanan laut ke Malaysia.

Sementara itu, Aeon Co. (M) menyasarkan pertumbuhan jualan sekurang-kurangnya sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, segmen makanan menyumbangkan sebanyak 30 hingga 40 peratus kepada pertumbuhan jualannya setiap tahun.

“Aeon juga akan membuka tiga pusat membeli-belah yang baharu dengan pelaburan pembinaan sebuah pusat membeli-belah tersebut adalah RM60 juta hingga RM100 juta bergantung kepada keluasan dan saiznya," katanya.
Mengulas mengenai jualan salmon di Aeon, Nur Qamarina berkata, pihaknya mengimport sebanyak 15 tan ikan salmon sebulan.

“Kos mengimport adalah RM7 juta sebulan. Kami menyasarkan akan menambah 20 peratus import salmon setiap bulan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register