BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Noor Nabila dirangkul jejaka berjambang, netizen doa kekal bahagia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-02-04-at-6.57.23-PM.jpeg

TANGKAP layar (kiri) foto Nabila dirangkul jejaka berjambang yang menjadi bualan hangat netizen hari ini.

Noor Nabila dirangkul jejaka berjambang, netizen doa kekal bahagia PETALING JAYA – Usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto berpelukan dengan seorang jejaka dalam media sosialnya hari ini.

Dalam foto tersebut, Noor Nabila, 42, yang memakai dres berwarna ungu dirangkul lelaki berkenaan yang menyarung baju berwarna putih dengan berlatarkan hiasan indah bunga-bungaan.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan wajah jejaka tersebut sementelah menutup dengan emoji berbentuk hati.

Bukan sahaja momen berpelukan, Nabila turut berkongsi foto jejaka berjambang berkenaaan bersama anak lelakinya, Jebat Jayden.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai reaksi netizen selain doa agar hubungannya dengan jejaka berkenaan berkekalan.

“Sudah ada pengganti, tahniah Nabila.

“Tumpang bahagia, harap kali ini kekal bahagia,” komen netizen.

Terdahulu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021 sebelum disahkan bercerai pada 25 Septermber 2023.

Sebelum itu, Nabila juga pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaa Nabila ni, cepat jer jumpa pengganti lepas cerai. Rasa macam tengok drama ulang2 je. Harap dia betul suka2 kali ni, jgn nanti hati lagi patah. 😏 Anyway, apa2 pun, wish her the best!

 
Back
Top
Log in Register