BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Noor Nabila, Ameer Aiman nikah hujung tahun

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Noor Nabila, Ameer Aiman nikah hujung tahun​

NOOR-NABILA.jpeg

NOOR Nabila mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Ameer tahun ini.

Noor Nabila, Ameer Aiman nikah hujung tahun
PETALING JAYA – “Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa yang terdekat.”

Demikian jawapan pempengaruh Noor Nabila yang mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Ameer Aiman hujung tahun ini.

Nabila, 41, mengakui urusan dokumentasi perkahwinan mereka bakal diadakan pada tahun ini telah siap diuruskan.

“Kita sudah ada rancangan, dalam tahun ini, insya-Allah.

“Kami tengah membuat persiapan. Apa yang penting-penting, dokumen-dokumen itu dah dibuat.

“Majlis itu nanti dalam persiapan, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran susu pisang Nilofa, di sini hari ini.

Ditanya mengenai daya tarikan Ameer, Nabila mendedahkan kekasihnya itu lelaki yang ikhlas dan matang.

“Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia bila saya tanya sesuatu, dia orang matang.

Seseorang yang bukan naif, tapi dia ‘transparent’. Saya rasa macam susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang,” dedahnya.

Katanya lagi, dia lebih selesa apabila Ameer tidak mengetahui tentang dirinya semasa awal perkenalan.

“Nombor dua, dia tak tahu sangat fasal saya. Pada mula perjumpaan kami, banyak yang dia tak tahu.

“Jadi saya rasa macam, ‘Oh, saya lebih suka orang yang kurang info fasal saya atau keluarga saya.’

“Saya rasa lebih selesa macam itu, maksudnya ikhlaslah kalau suka dengan kita,” jelasnya.

Pada masa sama, keakraban Ameer dan anak tunggalnya, Jebat Jayden menguatkan lagi perasaannya terhadap jejaka itu.

“Nombor tiga, sudah tentu dia dengan Jayden. Bila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik.

“Jayden pun okey. Dia ada hubungan yang baik dengan Ameer.

“Hubungan mereka boleh nampak jadi secara natural, alhamdulillah,” katanya.

Pada April lalu, usahawan itu mengakui sedang mengenal hati budi seorang jejaka berjambang yang dikongsi dalam akaun media sosialnya.

Status Nabila terus menjadi tanda tanya apabila tular video ucapan selamat datang ke Bali, Indonesia ketika dia tidak di destinasi percutian terkenal itu

Paling menarik perhatian ramai adalah rumah penginapan yang didiaminya ketika bercuti di pulau itu turut mengucapkan selamat datang kepada jejaka yang disebut sebagai suami Nabila. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, biasa laaa, artis kan suka2 viral pastu "surprise!" Mesti ramai peminat stalk habis IG Nabila ngan update2 dia. Aku rasa, mesti sweet habis wedding nanti, tengok laa gaya Ameer dan Jayden! 👰💍

 
Back
Top
Log in Register