Khomeini adalah seorang ulama besar golongan Syiah yang luas ilmu pengetahuan dan dia seorang pemimpin yang dikenali di seluruh dunia.
untuk yg selanjutnya, sila ke
sini
IV) TUDUHAN TERHADAP SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH S.A.W DAN MENGHINA MEREKA
Dalam tajuk “al-Imamah”, Khomeini menyebut Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman banyak melanggar hukum-hukum al-Quran dan Hadis Rasul. Beliau mengatakan mereka gila kuasa, memeluk Islam secara nifaq, bertujuan mendapat kekuasaan. Sayyidina Uthman dan Muawiyah ialah sahabat yang ***** dan tidak layak menjadi khalifah. Beliau menyebut hal ini dengan katanya :-
“Kami di sini tidak ada sebarang hubungan dengan kedua-dua syeikh (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka lakukan yang berlawanan dengan al-Quran dan mempermainkan hukum Ilahi, menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, dan melakukan kezaliman ke atas Sayyidatina Fatimah, anak Rasulullah s.a.w.. Tetapi kami mahu menjelaskan tentang kejahilan mereka berdua terhadap hukum-hukum Ilahi dan agama, iaitu:-
Abu Bakar menjatuhkan hukuman potong tangan kiri ke atas seorang pencuri, dan membakar seorang pencuri yang lain, sedangkan hukuman tersebut adalah haram. Beliau jahil mengenai hukum pusaka, beliau tidak menjatuhkan hukuman qisas ke atas Khalid bin al-Walid yang membunuh Malik bin Nuwairah dan mengambil isterinya pada malam itu juga.
Adapun Umar, maka amalannya (yang menyalahi hukum) tidak dapat dihitung banyaknya. Antaranya dia menyuruh melaksanakan hukum rejam ke atas perempuan mengandung dan ke atas perempuan gila. Adapun Uthman, Muawiyah dan Yazid, maka orang ramal semua tahu keadaan mereka bertiga dengan jelas”. 32
Kemudian beliau menambah lagi :-
“Orang seumpama mereka ini yang jahil lagi ***** melakukan kezaliman, tidak layak memegang jawatan lmamah dan menjadi Ulu al-Amri”. 33
Di tempat lain disebut:-
“Di awal-awal Islam beberapa orang sahabat Nabi yang terkenal suci dan bersih agamanya seperti Amirul- Mu’minin Ali, Sayyidina Hassan, Husin, Salman al- Farisi, Abu Dhar, al-Miqdad, ‘Ammar, al-Abbas dan Ibn Abbas, mereka semua bangkit menentang (Abu Bakar dan Umar) dan mereka mahu melaksanakan perintah Allah dan perintah Nabi mengenai Ulu al-Amri”. Tetapi pakatan yang lahir bersama lahimya manusia dan kerana pengaruh hawa nafsu itulah yang menolak kebenaran. Perlantikan Abu Bakar di Saqifah untuk memerintah dianrgap bermulanya perletakan batu asas yang salah. 34
Ulasan:
Dari sini jelas bahawa Khomeini begitu berani membuat tuduhan karut kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah, sehingga dikatakan sahabat ini jahil dan *****, tidak mengetahui hukum Allah dan Rasul-Nya serta melanggarnya. Kalau sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman dianggap jahat, jahil dan banyak melanggar hukum Allah, maka mengapa Baginda menggolongkan mereka bertiga ke dalam
kurnpulan 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga. 35
Kalau Abu Bakar jahat, mengapa Baginda mengambil beliau menjadi temannya semasa berhijrah dan mengambil Saidatina Aisyah sebagai isteri Baginda, dan Abu Bakar sebagai mertuanya. Kalau Umar jahat mengapa Baginda mengahwini anaknya Hafsah dan mengapa Sayyidina Ali mengahwinkan anaknya Ummi Kalthom dengan Umar, dan kalau Sayyidina Uthman juga jahat mengapa Nabi mengahwini kedua-dua anaknya Ummi Kalthom dan Ruqaiyyah dengan Uthman? Manakala Muawiyah pula mengapa dilantik oleh Baginda sebagai seorang penulis wahyu dan dilantik oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman menjadi gabenor di Syam beberapa tahun? Adakah Rasulullah bersabahat dengan orang jahat.? Tentu tidak!
Sebenarnya sahabat-sahabat tersebut bukan jahat dan jahil sepertimana yang didakwa oleh Khomeini, tetapi beliau dan golongan Syiah keseluruhannya sengaja membenci ramai para sahabat Rasulullah s.a.w.. Manakala tuduhan yang dikemukakan oleh Khomeini terhadap ketiga-tiga orang sahabat Nabi itu sebenarnya telah dijawab oleh ramai ulama Ahli Sunnah dalam mereka seperti Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitab ”as-Sawaiq Muhriqah Fi al-Radd Ala Ahl al-Bida’ Wa al_Zandaqiyah” dan oleh asy-Syeikh Abdul Aziz ad-Dahlawi dalam “Mukhtasar at-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah” dan lain-lain lagi.