BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

syiah2...x abis2 menyibuk kat malaysia ni :))
 
Perkahwinan Mut’ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan. (Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah. Hal 489).

Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya “Tahrir al-Wasilah”, jilid 2, Hal: 292 - “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak.” (an-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi Hal: 489, Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).

Sekadar utk menyedarkan umat...


Ada lagi ke ni? kalau dah sedar dan insaf sila tutup thread.
dan

Taqiyyah: Act of dissimulation (concealing one's belief, or acting contrary to one's believe allowed by the Shi'ahs in special emergency cases of fear to one's life or property.


Up untuk saudara aceglobal... insaflah...
 
Last edited:
sampai bila nak habis ni.
sape buat tanggung sendiri.
 
Salam

Lidah seorang Melayu merasakan sambal belacan itu enak.
Mana mungkin lidah seorang Mat Salleh itu juga berupa demikian..

Tetapi, jika seorang yang berbangsa Mat Salleh itu lahirnya di Tanah Melayu ini dan dari kecilnya dihidangkan dengan sambal belacan, pasti lidahnya juga merasakan sama dengan lidah seorang Melayu yang lainnya.

Kenapa?

Begitulah ilmu..

Individu yang dari awalnya ditanamkan semangat patriotik tidak akan sama keadaan jiwanya dengan individu yang terdedah kepada pengaruh-pengaruh gangsterisme contohnya..

Kenapa juga?

Begitulah ilmu..

Sejak dari awal, kita dihidupkan dengan pemikiran yang beracukan Ahlussunnah waljamaah.. Setiap ilmu yang diterima pakai itu adalah corak-corak yang berada dalam lingkungan Ahlussunnah sahaja..

Maka apabila Syiah menyinggah di kotak minda kita, kita sukar sekali menerima hujah-hujah yang mana tentu sekali corak ilmunya itu jauh berbeza..

Saya tidak sekali akan berkomentar dalam lingkungan perdebatan yang memerlukan saya untuk mengeluarkan dalil-dalil untuk hukum-hukum yang berbeza pendapat antara 2 golongan terbabit, tetapi saya lebih suka merungkai, mengapa sukar untuk kita menerima sesuatu yang pada kita asing sedangkan ia lebih tepat..

Akal yang singkat akan membawa kepapaan dalam berfikir.. Penilaian akan tetap pada keyakinan yang awal..

Saya bukan seorang yang menganut fahaman Syiah, tetapi seorang yang mula nampak kebenaran bila mendengar perbahasan-perbahsan yang sangat meyakinkan daripada ustaz Syiah..

Apa yang dapat saya simpulkan, Ilmu-ilmu Syiah jauh lebih mantap, halus, tegar, dan seimbang berbanding Ahlussunnah.. Kehalusan setiap hujah yang dibawa membuatkan akal ini membenarkan.. Cuma agak menyedihkan, masa telah membataskan saya untuk mendalami ilmu Syiah..

:)..
 
Haram Nikah Mut’ah
Hadith :
Dari Rabi’ bin Sabrah al-Juhhani r.a, bapanya mengkhabarkan kepadanya bahawa dia pernah pergi bersama-sama Rasulullah s.a.w (dalam peperangan menakluki Mekah), Rasulullah s.a.w bersabda,:”Aku telah membolehkan kepadamu nikah Mut’ah. Sesungguhnya (mulai saat ini) Allah telah mengharamkannya sehingga hari kiamat nanti. Maka sesiapa yang masih mempunyai isteri mut’ah, ceraikanlah dia dan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa-apa yang telah kemu berikan kepadanya.” (Muslim)

Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=980


ps: Jangan pula golongan syiah menuduh, Hadith Rasul SAW bertentangan dgn Al-Quran.
 
Haram Nikah Mut’ah


ps: Jangan pula golongan syiah menuduh, Hadith Rasul SAW bertentangan dgn Al-Quran. [/B]

Ini satu kesipalan. Syiah tidak menuduh hadits Rasul bertentangan dengan al-Quran. Tetapi alhadits itu sendiri wajib dinilai semula dengan al-Quran dan riwayat hadits yang lebih kukuh dan mutawatir.

Jika hanya dengan perkataa "alhadits" atau "as-sunnah" sahaja sudah memadai ia wajib diikuti, maka abaikan sahaja ilmu Jarh Wat Ta`dil. Bahkan abaikan al-Quran meskipun ia bertentangan dengannya! Bolehkan begitu? Mustahil bukan?

Syiah tidak menolak alhadits Rasul. Tetapi ia harus diteliti semula dan lagi dan lagi.

Anda WangEmas, berhati2. Perkara ini sudah diterangkan berkali2. Jangan anda abaikan.

Oh ya, anda berfikiran bahawa hadits yang anda bawakan di atas, kerana ia diriwayatkan oleh Muslim maka ia benar2 sohih dari Nabi? Inginkah anda saya bawakan hadits dari Muslim yang menghina Nabi? Saya mahu lihat adakah anda mampu menerimanya sebagai akidah atau tidak.

Saya perlukan jawapan anda untuk membahasnya.

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register