Nikah Mutaah itu disebut dalam al-Quran Surah an-Nisa: 24: "Maka isteri-isteri yang kamu telah nikmati (Mutaah) antara mereka, maka berilah kepada mereka maharnya dengan sempurna sebagai suatu kewajipan". Tafsiran mengenai ayat ini diterangkan oleh Tabari, Imam Fakhruddin ar-Razi, Imam al-Baydawi, Qurtubi, Suyuti, Ibn Kathir dan lain-lain dalam buku-buku tafsir mereka. Lantaran itu ia dimaksudkan dengan Nikah Mutaah. sdr juga hanya membawa bukti haramnya mutaah dari sumber hadis bukan nas. mengikut kaedah fiqiah Imam Syafii, Hanafi dan Hanbali bersepakat bahawa al-Quran tidak boleh dimansuhkan dengan hadis yang mutawatir (yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai: lawannya Ahad) kerana mereka berpegang dengan Surah al-Baqarah, ayat 106 yang bermaksud: "Kami tidak memansuhkan satu ayat atau melupainya, melainkan kami gantikannya dengan ayat yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya." jelas sekali bahawa hadis Nabi itu tidak setanding dengan al-Quran. Ini bererti hadis yang melarang dilakukan mutaah itu adalah hadis Ahad, dan mengikut kaedah itu ia tidak sekali-kali dapat memansuhkan ayat 24, dari Surah an-Nisa. memandangkan syedluqman membawa hadis yg mengharamkan mutaah, maka hujah sy pun bersandarkan kpd hadis yg mengharuskannya... Al-Amidi menegaskan bahawa jika sesuatu hukum/hadis itu bercanggah dengan hukum/hadis yang lain, maka ia sama ada tertolak kesemuanya atau tawaqquf atau membuat pilihan (takhyir), bagaimanapun sama ada tawaqquf atau takhyir, ia tidak boleh memansuhkan Surah an-Nisa, ayat 24. Saidina Ali berkata: "Jikalaulah Umar tidak melarang nikah mutaah, nescaya tidak ada orang yang berzina, melainkan orang yang benar-benar jahat." . Zubayr b. al-Awwam yang mengahwini Asma bt. Abu Bakr as-Siddiq secara mutaah dan mendapat dua cahaya mata yang masyhur dalam sejarah Islam, iaitu Abdullah b. Zubayr dan adiknya Urwah b. Zubayr", Umrah b. Hasin berkata: "Ayat mengenai Mutaah telah diturunkan dalam al-Quran dan kami melakukannya di masa Rasulullah, dan tidak diturunkan ayat yang memansuh/ membatalnya dan Nabi pula tidak melarangnya hingga Nabi wafat." . Az-Zamakhshari, seorang Hanafi menyatakan ayat itu (an-Nisa: 24) adalah Munkamah, iaitu jelas tidak ada ayat yang memansuhkannya . Imam Syafii berkata: "Ibn Juraij telah bermutaah dengan 70 orang perempuan. Az-Zahabi berkata: Ibn Juraij telah berkahwin Mutaah dengan lebih 90 perempuan. Sehingga berkata: Wahai anak-anakku, janganlah kamu berkahwin dengan perempuan2 itu, kerana mereka adalah ibu2mu." . Ibn Jurayh (w. 150 H) seorang Tabie, yang menjadi Imam di Masjid Makkah pada masa itu, dan beliau telah berkahwin secara mutaah dengan lebih 90 perempuan di Makkah. Bukan sahaja Imam Syafii yang menerima dan mempercayai hadis2 yang diriwayatkan oleh Ibn Jurayh, malah Imam Muslim dan Imam Bukhari menerimanya dalam Sahih2 mereka. jikalau mutaah itu haram masakan Imam Syafi' yang mengatakan nikah mutaah itu dimansuhkan masih percaya kepada hadis2 Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Jurayh yang menjadi Imam di Masjid Makkah pada zmn itu?? Ibn Khalikan menyifatkan Ibn Juraij sebagai seorang yang thiqah (dipercayai) sekalipun beliau telah berkahwin Mutaah dengan lebih 90 orang perempuan. Dan beliau adalah ulama fiqh yang masyhur pada masa itu . Pengarang-pengarang 'sunnan sittah' – Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmuzi, Ibn Majah, an-Nasai menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Juraij. Imam Malik (wafat 174 H) mengatakan, Mutah adalah harus, kerana tidak ada 'dalil' yang memansuhkan Surah an-Nisa ayat 24 . Imam Zufar mengatakan, ia harus kerana 'menghadkan waktu' itu tidak membatalkan akad nikah. Beliau menamakannya dengan Nikah al-Mu'aqqat. Sementara Imam Muhammad asy-Syaibani mengatakan, Mut'ah makruh(bukan haram) .
Nikah mut'ah sebagaimana yang trsebut mmng telah diharamkan oleh Nabi selepas perang khaibar. diharamkan brsama kaldai baladi (kaldai kampung yg dipelihara). Hadis2 yang mengharamkannya mmng telah sabit disisi aswj. cuma pada sisi syiah , penolakan disisi mereka tidak boleh membatalkan dalil2 aswj. ini mesti difahami dulu. sebab mereka tidak mengiktiraf metod istidlal yg wujud pada aswj. bagi mereka tak ada bukari muslim atau sunan sittah. yg ada pada mereka kitab al kulini. jadi, apalah tujuan mereka sebenarnya?... begitu juga sebarang komentar mereka dgn cara menggunakan kitab-kitab muktabar aswj cnthnya tafsir qurthubi, dan sebagainya, fekah al-mabsuth dan sebagainya hanyalah sebagai menambahkn kekeliruan saja untuk orang awam aswj..
Hati hati dgn fahaman syiah