mynor5535101
Active+ Member
- Messages
- 4,452
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 4,452
- Reaction score
- 201
- Points
- 33
JOHOR BAHRU: Segelintir wanita warga Indonesia yang bekerja di negeri ini dikesan menawarkan diri untuk berkahwin secara nikah kontrak atau mutaah dengan lelaki tempatan atau warga asing bagi memenuhi tuntutan nafsu.
Bagaimanapun, mereka meletakkan syarat utama iaitu tidak boleh mengandung atau melahirkan anak.
Ini kerana jika mengandung atau melahirkan anak, wanita ter****t melanggar syarat perjanjian kontrak pekerjaan dengan ejen yang boleh menyebabkan mereka dihantar pulang ke negara asal serta-merta.
Tawaran nikah kontrak dikatakan menarik minat wanita asing ter****t untuk berkahwin walaupun hanya sementara, sama ada dengan lelaki tempatan atau lelaki asing yang turut mencari rezeki di negara ini, kononnya bagi mengelak menanggung dosa melakukan hubungan seks.
Selain memenuhi tuntutan nafsu, suami sementara mampu menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih ketika berada di negara orang, memperoleh pendapatan sampingan daripada saraan suami selain bekerja dalam sektor perkilangan, restoran atau tukang cuci.
Seorang wanita berasal dari Padang, Sumatera, Ratna, 28, (bukan nama sebenar), mengakui pernah berkahwin kontrak dengan seorang lelaki ketika mula bekerja di negeri ini, kira-kira enam tahun lalu.
Dia kini bagaimanapun belum memiliki suami apabila kembali semula bekerja di sini dengan kontrak pekerjaan bersama ejen dan kilang baru, bermula awal tahun ini.
"Apabila berkenalan dengan lelaki tempatan, perkara utama yang paling saya impikan dan mungkin wanita dari Indonesia lain adalah ikatan perkahwinan sebagai bukti keikhlasan dan paling penting, mengelakkan daripada dosa.
"Biarpun jauh di perantauan, kami tetap ingat pesan orang tua supaya tidak melakukan perbuatan melampaui batas serta suruhan agama. Sesetengah lelaki di sini pasti terkejut apabila diajak bernikah secara kontrak, tapi sebenarnya ia bukan ganjil dan mudah dilakukan. Lagipun, bukan semua majikan melayan pekerja asing terutama wanita dengan baik.
"Bukan setakat lelaki tempatan, ada juga rakan saya bernikah secara kontrak dengan lelaki warga asing terutama Pakistan. Sudah tentu perkahwinan ini atas dasar suka sama suka.
"Wanita ter****t akan menghubungi keluarga di negara asal untuk memohon restu dan selepas dipersetujui, bapa akan menghubungi imam atau jurunikah untuk mewakilkan kepadanya menjadi wali," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Ratna berkata, nikah kontraknya yang dulu terbatal apabila ‘suaminya,’ seorang lelaki tempatan melanggar perjanjian sumpah setia antara mereka selepas kontrak pekerjaannya tamat, kira-kira setahun lalu.
Ini kerana selepas diselidiki, lelaki ter****t sudah bernikah dengan wanita lain.
Menurut Ratna, jumlah mas kahwin dan nilai hantaran bergantung kepada pihak lelaki tetapi berdasarkan persetujuan bersama sekadar sebentuk cincin, barang kemas lain atau wang tunai.
Khidmat imam atau jurunikah boleh diperoleh melalui individu tertentu di negeri ini dengan bayaran antara RM300 hingga RM500.
Walaupun menyedari surat nikah dikeluarkan jurunikah ter****t tidak diiktiraf, ia tidak menjadi persoalan kerana paling penting pernikahan sah di sisi agama dan tidak melakukan dosa.
"Ramai kawan saya masih berbuat demikian (nikah kontrak)...yang penting ada orang mahu kerana selain mengelakkan dosa melakukan maksiat dan persetubuhan luar nikah, kita juga ada penjaga, tempat mengadu selain wang saraan tambahan. Maklumlah, kalau nak harap gaji kerja kilang, berapalah sangat.
"Biasanya, kami hanya hidup sebagai suami isteri pada hujung minggu saja...tapi apabila suami mahu, boleh hubungi dan kita akan bersama.
"Tapi, ada juga ‘suami’ sanggup mengambil isteri mereka setiap hari selepas habis bekerja tapi perlu hantar pulang semula ke asrama pada awal pagi sebelum masuk kerja.
"Si isteri tetap tidak dibenarkan mengandung, apa lagi beranak kerana ia melanggar kontrak dengan ejen dan boleh dihantar pulang ke negara asal.
"Seseorang pekerja biasanya menandatangani perjanjian dengan ejen untuk tempoh dua hingga lima tahun, tapi nikah kontrak tak terbatal walaupun kontrak bekerja sudah habis," katanya.
Ratna berkata, seorang pekerja mesti pulang ke Indonesia apabila kontrak selama dua tahun tamat tetapi bagi suami isteri yang bernikah secara kontrak, mereka menandatangani perjanjian saling setia.
Justeru, apabila datang semula dengan kontrak kerja baru, mereka boleh hidup semula sebagai suami isteri kecuali bercerai.
Sapa warga CG yang pernah Nikah Mutaah