BTC USD 81,583.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

Nikah Mut’ah adalah HARAM

Dari Rabi’ bin Sabrah al-Juhhani r.a, bapanya mengkhabarkan kepadanya bahawa dia pernah pergi bersama-sama Rasulullah s.a.w (dalam peperangan menakluki Mekah), Rasulullah s.a.w bersabda,:”Aku telah membolehkan kepadamu nikah Mut’ah. Sesungguhnya (mulai saat ini) Allah telah mengharamkannya sehingga hari kiamat nanti. Maka sesiapa yang masih mempunyai isteri mut’ah, ceraikanlah dia dan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa-apa yang telah kemu berikan kepadanya.” (Muslim):)cgrock:)cgrock
 
aku masih tercari-cari dimana letaknya halal mutaah dlm an-nisaa' 24...:-?

Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

yg merah tu ada kaitan dgn an-nisaa' ayat 4.
"Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya."
.....
 
Dalam Al Quran dah Hadis dah Terang dan Jelas .Nak Jatuhkan Hukuman HUDUD kena ada 4 orang saksi Yang Melihat dgn Mata dan Kepala nya sendiri .
Kalau 2 orang saksi yang warak lagi alim menghendap dan Nampak pasagan berzina .Kalau dia buat tuduhan maka Allah memerintahkan Orang yang warak lagi Alim ini di sebat 80 kali.Walau pun dia tok Imam atau Tok lebai Masjid yang selalu pergi sembahyang.....
Jadi Allah dah tetapkan 4 saksi untuk melindungi Penzina.

P/S Jagan kamu pertikaikan Hukum yang Allah dah tetapkan.


Allah dah tetapkan 4 saksi tu untuk melindungi penzina? Ayat kau kurang ajar la malah lebih dari itu..:-?:-?

Allah melindungi penzina? parah...

Contoh:
Abu bawa 2 orang saksi menuduh anak kamu berzina, tapi kamu suruh bawa 4 orang saksi untuk melindungi si penzina..:-?:-?
 
Aaa.. pening2! Ada ke nikah mutaah penyelesaiaan kepada kawan2 kamu yang syok brzina setiap malam minggu?

Kalau dah begitu perangainye bukan masalah nikah mutaah ke, nikah kekal ke. Nikah tak nikah jika dah jahil sebegitu nikah tak nikah bukan jalan penyelesaian halal dan haramnya jika mereka nak bersetubuh.

Ini soal iman. Bila sepasang lelaki perempuan nak berkahwin sekurang-kurangnya mereka telah ada niat untuk commit menghalalkan hubungan mereka dan menuju ka arah kehidupan yang lebih baik.

Ye la. Nak kawin, nak ada anak, nak kumpul harta, nak hidup berkeluarga, bina kehidupan lebih baik. Pendek kata nikah ni secara tak langsung membawa pasangan fokus kepada sesuatu matlamat dalam hidup.

Nikah mutaah tak memungkinkan semua ini kerana ia berhad masa. Takde perancangan jangka masa panjang. Hanya tuntutan memuaskan nafsu semata dengan cara 'menghalalkannya' melalui nikah mutaah.

So, apa hikmah nikah mutaah? Yang aku tengok takde. Hanya untuk menghalalkan persetubuhan semata. Takde faedah lain. Takde matlamat.

Makin kelam-kabut jadinya bila ada pulak anak2 hasil nikah mutaah ni. Ye la kalau perempuan2 yang kawan2 kamu dok berzina tu dinikah mutaah oleh mereka, lepas tu beranak pulak nak ke kawan2 kamu tu menanggungnye? Kalau dah perngai suka berzina sebelum ni, ditakdirkan dapat anak pulak dengan perempuan yang dia nikah mutaah (sebab dngar nasihat kamu supaya persetubuhan mereka dapat dihalalkan)aku tak rasa mereka bersedia bertanggungjawab terhadap anak tu.

Lepas tu kalau nak tukar selera pulak boleh nikah mutaah dengan perempuan lain lepas habis tempoh dengan perempuan yang pertama dinikah mutaah. Ditakdir dapat anak lagi tapi si mamat ni masih tak sedia jadi bapa apa nasib anak dengan perempuan pertama tadi dan kedua ini?

Tak ke kelam kabut tu..??
 
Penalukan Kota Mekah berlaku pada Kota Mekah pada 10 Ramadhan 8 H bersamaan Januari 630 M.dan Hadis Yang kamu bawa dari Sahih Bukhari Muslim Mengharamkan SELAMA LAMANYA.
Perang Tabuk berlaku berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 630 M) dan ini Hadis yang menghalalkan Mutaah .


Hadis 2493

Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w tanpa membawa isteri. Kami bertanya Rasulullah bolehkah kami mengembiri (kasi) kemaluan kami. Rasulullah segera menahan kami dari melakukannya. Baginda membenarkan kami mengahwini orang perempuan bermas-kahwinkan sehelai baju untuk tempoh waktu yang tertentu, kemudian Abdullah membaca firman Allah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman jangan sekali-kali kamu mengharamkan benda baik yang telah Allah halalkan untuk kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampau batas.


Kamu TENGOK TARIKH peristiwa tersebut. DI HARAMKAN SELAMA LAMA NYA pada 8 Hijrah kemudian DIHALALKAN PADA 9 HIJRAH.

Kalau dah di HARAMKAN SELAMA LAMA NYA kenapa di HALALKAN BALIK?

1. Siapa perawi hadith berkenaan?
2. Sila nyatakan ayat dari surah mana yang kamu rujuk?
3. Apakah berlaku hadith Rasulullah SAW bertentangan dgn Al-Quran?
4. Apakah firman Allah dalam ayat tersebut ada menyebut tentang nikah Mut'ah?
5. Apakah logik Rasulullah SAW ingkar perintah Allah SWT?
6. Kamu dalam kelompok syiah mana pulak? (Adakah terdiri dalam kelompok syiah yang menolak hadith Rasulullah SAW?

p/s: Moga kita sama2 memperoleh hidayah dan juga rahmat Allah SWT.
 
Last edited:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31)
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (32)

Surah Al-Imran


Fahami firman Allah SWT di atas..
 
yg melakukan nikah mutaah=sewa=zina ni hanya bagi mereka2 yg syiah jer, bagi ahlul sunnah telah diharamkan, biarkanlah syiah2 je yg melakukan nikah mutaah ni:-?:-?:)cgrock:)cgrock
 
nikah mutaah ni lebih baik dari zina...:-?
 
Last edited:
Konsep menikah nih cemana??? Kita kena faham konsepnya dulu..


Adakah konsep menikah nih hanya semata2 nak melepaskan hawa nafsu ataupun nak membiakkan keturunan yang beragama Islam di dunia nih???

Kalo semata2 nak melepaskan hawa nafsu.... org Islam nih x ubah cam haiwan.. terlalu mementingkan nafsu sedangkan kita org Islam adalah sebaik2 Insan... yang mempunyai displin yang terlalu indah utk menjalani kehidupan ini.

Allah cuba menduga kita dengan kehidupan ini untuk melawan nafsu.. kalo x dah lama dah Allah izinkan nikah mutaah nih dalam Al Quran.. tetapi kenapa tidak ada??? Kita harus fikir... kenapa ya???
 
syiah2...xda keja lain..klu nak sgt dgn syiah..berambus dri malaysia..abis citer...
 
Back
Top
Log in Register