combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai depan.
Nik Nazmi dalam satu kenyataan memaklumkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025,” katanya.
Nik Nazmi, 43, berkata sejak menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Disember 2022 dan kemudian Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan.
Antara kejayaan dicapai ialah meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam
Nik Nazmi, jawatan, pemilihan, PKR, Naib Presiden