BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nik Muhammad Didesak Letak Jawatan Susulan Kenyataan Kontroversi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

Nik Muhammad Didesak Letak Jawatan Susulan Kenyataan Kontroversi​

b5b095b96f7a03a0b4b377c605d9e6286a0483e1adbac

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali (dua, kanan) bersama ahli UMNO membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan menggesanya memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan susulan kenyataan kontroversi terhadap sahabat Rasulullah SAW.

Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh hari ini mendesak Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memohon maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina para sahabat Rasulullah SAW.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali berkata kenyataan yang menyentuh kemuliaan sahabat Rasulullah SAW tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata pihaknya memandang serius sebarang bentuk penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang disifatkan sebagai golongan paling berjasa dalam membantu menyebarkan ajaran Islam selepas kewafatan Baginda.

“Kami rakyat Pasir Puteh tidak memerlukan pemimpin politik sebegini. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mencetuskan permusuhan, fitnah dan perpecahan umat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini hari ini.

Muhammad Saifullah juga berkata majoriti ulama Ahli Sunah Waljamaah sepakat bahawa menghormati para sahabat Rasulullah SAW ialah tuntutan penting dalam Islam dan perbuatan menghina atau mencela mereka dikategorikan sebagai dosa besar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Saari Yaacob ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan berhubung kenyataan Nik Muhammad yang didakwa menghina sahabat Rasulullah SAW.

 
Aduhai dh berlebih2 pula. Ustaz Nik Zawawi pun dah mohon maaf, dan dia pun aku yakin x berniatpun nk hina para sahabat, cuma terkhilaf secara spontan sbb mungkin terlebih syeikh di depan walaun2.
 
Back
Top
Log in Register