BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NIISe Capai Kemajuan Keseluruhan 29.9 Peratus Setakat 26 Jun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

NIISe Capai Kemajuan Keseluruhan 29.9 Peratus Setakat 26 Jun​

66eea67aa4dc9160fc83aaf975d603586a3a6aaf9fa1d

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Pembangunan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilaksanakan secara berfasa telah mencapai kemajuan keseluruhan 29.9 peratus setakat 26 Jun lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata beberapa komponen utama NIISe telah siap dibangunkan dan beroperasi, termasuk pelaksanaan fasa percubaan yang berlangsung dari September 2025 hingga Februari 2026 di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) melalui pemasangan infrastruktur e-Gate dan e-Bike.

Komponen lain adalah pembangunan aplikasi mudah alih MyNIISe yang bermula pada September 2025 bagi menyokong penyampaian perkhidmatan imigresen secara digital dan pemasangan kemudahan e-Gate di lapangan terbang antarabangsa utama.

“Selain itu ialah pengaktifan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) yang bermula 31 Okt 2025,  penubuhan National Immigration Command Centre (NICC) di Putrajaya, Kuching dan Kota Kinabalu, serta pengukuhan insfrastruktur data melalui pembangunan pusat data di Putrajaya dan Pusat Pemulihan Bencana di Kulim, Kedah,” katanya.

Teks jawapan Shamsul Anuar dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini, bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan kelewatan NIISe.

Shamsul Anuar berkata kontrak asal projek NIISe yang dianugerahkan kepada syarikat terdahulu ditamatkan pada 2023 selepas syarikat berkenaan gagal memenuhi obligasi kontrak, dengan kerajaan telah membuat pembayaran sebanyak RM106.93 juta daripada keseluruhan nilai kontrak asal RM1.16 bilion.

Bagi meneruskan projek itu, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri melaksanakan proses peralihan secara tender terbuka yang dimuktamadkan Kementerian Kewangan pada September 2024, sebelum HeiTech Padu Bhd dilantik sebagai kontraktor pelaksana projek NIISe bagi tempoh 60 bulan bermula 18 Okt 2024 hingga 17 Okt 2029 dengan kos RM1.52 bilion.

“Pembangunan NIISe dibuat secara berfasa bagi memastikan peralihan daripada sistem MyIMMs dapat dilaksanakan secara teratur tanpa menjejaskan operasi imigresen negara,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata setakat 28 Jun lepas, aplikasi MyNIISe merekodkan 2.4 juta muat turun dengan 1.27 juta pengguna berdaftar, manakala 19.5 juta transaksi kod QR direkodkan di BSI dan KSAB serta 5.6 juta transaksi di lapangan terbang utama negara.

 
Back
Top
Log in Register