BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemajuan Projek ECRL Di Pahang Capai 97.3 Peratus Setakat April - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kemajuan Projek ECRL Di Pahang Capai 97.3 Peratus Setakat April - Exco​

4b40a4647ca1f189a0d86aec9d91d80c6878a881bb9ba


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang telah mencapai 97.3 peratus tahap kemajuan setakat April lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Razali Kassim.

Beliau berkata status kemajuan keseluruhan projek mega itu yang dijangka siap pada hujung tahun ini dan beroperasi Januari tahun depan pula mencatatkan 93.66 peratus.

“Sektor pengangkutan Pahang menunjukkan perkembangan pesat dalam pembinaan infrastruktur antaranya menerusi pembangunan projek berimpak tinggi ECRL ini,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa yang ditubuhkan akan mengenal pasti projek pelaburan dan pembangunan berhampiran di kawasan sekitar stesen ECRL.

“Projek pembangunan yang dirancang di sekitar stesen ECRL turut memberi tekanan kepada integrasi mod perjalanan terutamanya penyediaan rangkaian pengangkutan awam yang dapat meningkatkan mobiliti penduduk,” katanya.

Beliau berkata antara projek kemudahan pengangkutan awam di kawasan stesen ECRL ialah Terminal Bersepadu di Stesen Bentong dan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Stesen Paya Besar, Kuantan.

Sementara itu, Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah turut memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang telah menerima agihan antaranya bagi kerja pembaikan jalan, jambatan dan kerja rutin berjumlah RM298.8 juta setakat 1 Mei lepas.

Beliau berkata daripada peruntukan tersebut, sebanyak 282 kerja menyelenggara sedang dilaksanakan di seluruh Pahang.

"Bagi jalan negeri pula, sehingga 1 Mei lepas, JKR Pahang telah menerima peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sejumlah RM76.7 juta untuk kerja-kerja penyelenggaran di jalan negeri dan kampung," katanya.

 
Back
Top
Log in Register