BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Capai 91.8 Peratus Kemajuan - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Projek Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Capai 91.8 Peratus Kemajuan - Exco​

7e0367c54c765c58636af97d65235e746a589d20532ba

2bb0488a3a663f48c3909a0c37ab98bd6a589d3293f44

Kredit: FB - Zairil Khir Johari

Projek Jalan Pintasan Pakej 2,  Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu kini mencapai kemajuan fizikal keseluruhan 91.8 peratus setakat 15 Jun lepas, dengan kerja-kerja pelancaran rasuk U pratuang (beam) bagi bridge 4 span 1 berjaya disiapkan sepenuhnya semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata baki kerja pelancaran rasuk di bridge 4 melibatkan span 3 dijadualkan pada 27 Julai ini, diikuti span 2 pada 28 dan 29 Julai.

“Setiap rasuk U pratuang di bridge 4 mempunyai panjang antara 48.93 hingga 50.47 meter dengan berat antara 146.8 hingga 151.5 tan metrik.

“Oleh itu, pelancaran rasuk menggunakan kaedah tandem lifting yang melibatkan kren berkapasiti 600 tan sebagai kren utama dan kren 550 tan sebagai kren sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairil berkata kerja-kerja itu dijalankan mengikut prosedur operasi dan piawaian keselamatan yang ketat memandangkan ia melibatkan penggunaan kren berskala besar, kerja berisiko tinggi serta penutupan sementara laluan trafik secara berkala.

Beliau berkata Projek Jalan Pintasan Pakej 2 merupakan projek infrastruktur mega Pulau Pinang yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan kelancaran mobiliti trafik, malah memperkukuh rangkaian pengangkutan negeri serta menjadi mercu tanda baharu dalam landskap keterhubungan negeri.

 
Back
Top
Log in Register